My #HadithTime

My #HadithTime

30.6K subscribers

Verified Channel
My #HadithTime
My #HadithTime
January 22, 2025 at 02:02 AM
DOA UNTUK PENGANTIN Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa apabila Nabi SAW mengucapkan tahniah kepada seseorang yang baru berkahwin, Baginda akan mengucapkan doa: بَارَكَ اللهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ (Barakallahu Laka, Wabaraka Alaika, Wajama'a Bainakuma Fi Khayr) “Semoga Allah memberkati isterimu untukmu, memberkatimu untuk isterimu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan." (Sunan Abi Dawud, no. 2130) 1) Mengamalkan doa ini merupakan sunnah yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada sesiapa yang ingin mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin. Doa ini membawa keberkatan dan harapan kebaikan untuk kedua-dua mempelai. 2) Pada zaman Jahiliah, ucapan tahniah kepada pengantin biasanya berbunyi, “Bil rafa' wal banin”, yang bermaksud: "Semoga serasi dan dikurniakan anak lelaki." Namun, Nabi SAW menggantikannya dengan ucapan yang lebih baik, iaitu doa keberkatan dan kebaikan. 3) Doa ini dipohon agar kedua-dua mempelai dikurniakan barakah dan agar kebaikan mereka berdua saling dinikmati sesama mereka serta didoakan agar mereka dikelilingi, ditenggelami dan diliputi oleh kebaikan. Semoga kita semua sentiasa diberikan keberkatan oleh Allah dalam setiap urusan kehidupan, terutama dalam membina sebuah rumah tangga yang penuh sakinah, mawaddah, dan rahmah. ========= Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime
❤️ 👍 🌹 💩 😂 😢 😮 🤍 48

Comments