
My #HadithTime
30.6K subscribers
Verified ChannelAbout My #HadithTime
Ini merupakan Whatsapp Channel rasmi My #hadithtime oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas
Similar Channels
Swipe to see more
Posts

HADIS PALSU tentang tidak akan masuk neraka bagi sesiapa yang bergembira dengan kemasukan atau ketibaan bulan Ramadan. Berhati-hatilah apabila menyebarkan hadis. Klik untuk tonton: https://youtu.be/DXl6De2qSU4?si=x_bSC0j0G-qSBoT9

HADIS PALSU Doa Jibril Menjelang Ramadan. Dengar penjelasan Dr. Amiruddin Mohd Sobali di Youtube myhadithtime, klik: https://youtu.be/un5JVl-VtYw?si=tFVwXqQU65BmY89L

Betul ke ada pintu syurga khusus untuk orang yang berpuasa?

Nora Danish kata buku ini interesting dan sangat-sangat bermanfaat masyaallah, sambut Ramadan kali ini dengan berilmu.

HADIS PALSU: Jibril berdoa agar Allah mengabaikan puasa orang yang tidak meminta maaf sebelum masuk Ramadan.

My #HadithTime dengan sukacitanya memperkenalkan sebuah buku khas tentang Ramadan. Dengan buku ini, anda akan mendapat panduan untuk beribadah sepanjang bulan mulia ini mengikut sunnah Rasulullah SAW. Dalam buku ini juga didedahkan beberapa hadis viral tapi tidak sahih berkaitan Ramadan. Dapatkan buku ini di: https://www.karangkrafmall.com/ramadan-gaya-rasulullah

HADIS VIRAL TAPI TIDAK SAHIH TENTANG DOA JIBRIL MENJELANG RAMADAN Dikatakan bahawa Jibril berdoa agar Allah SWT mengabaikan dan tidak menerima puasa umat Nabi Muhammad SAW yang tidak melakukan tiga perkara ini ketika masuk bulan Ramadan: 1. Tidak meminta maaf kepada ibu bapa atau salah seorang daripada mereka yang masih hidup. 2. Tidak bermaaf-maafan antara suami dan isteri. 3. Tidak bermaaf-maafan dengan kenalan seperti jiran, rakan sekerja, jemaah masjid dan sebagainya. Hadis yang viral ini dikatakan diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya dan Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Namun, carian oleh ahli hadis mendapati bahawa hadis ini tidak wujud dalam kedua-dua kitab tersebut. Selain itu hadis ini turut tidak dikesan dalam mana-mana kitab hadis. Oleh itu, hadis ini tidak ada asalnya. Di samping itu, isi kandungan hadis ini juga keterlaluan. Hanya kerana seseorang itu tidak bermaafan maka puasanya tidak diterima dan terhindar daripada pandangan Allah SWT. My #HadithTime

Terima kasih Dr. Amran Abdul Halim dan Dr. Ahmad Sanusi Azmi sudi menyumbang ilmu dalam buku terbaru “Ramadan Gaya Rasulullah”. Dr. Amran mengupas tentang solat tarawih menurut sunnah. Manakala Dr. Sanusi mengupas tentang tips konsisten. Dapatkan buku ini segera! Klik: https://www.karangkrafmall.com/ramadan-gaya-rasulullah


Sambut Ramadan Dengan Bertaubat ======= 1. Adalah sangat membimbangkan andai kedatangan Ramadan ini tidak dilihat sebagai sesuatu perkara yang menggembirakan. Malah apa yang lebih menakutkan lagi adalah apabila sebahagian manusia melihat Ramadan itu hanyalah bebanan yang menyusahkan kerana mereka terpaksa berpuasa dan membayar zakat. Kegembiraan buat mereka pula hanyalah datang kerana pesta perayaan dan bukannya kerana keseronokan beribadah kepada Allah. 2. Jiwa yang dikaburi dengan dosa bukan sahaja melenyapkan pandangan mata hati mereka daripada menyukai kebenaran, malah ia turut menjadikan jiwa manusia berat untuk melakukan ibadah. Perkara ini pernah dinyatakan oleh al-Hasan al-Basri dalam dialog beliau bersama seorang lelaki: قال رجل للحسن: أبا سعيد، أردت البارحة أن أصلي فلم أستطع، قال: قيّدتك ذنوبك. “Seorang lelaki bertanya kepada al-Hasan al-Basri: Wahai Abu Said (gelaran bagi al-Hasan al-Basri), aku ingin mendirikan qiamullail semalam tetapi aku tidak boleh bangun dari tidurku. Lalu al-Hasan berkata: Dosa engkau telah mengikat dirimu (dari melakukan qiamullail). (al-ʿAqd al-Farīd, 3/135) 3. Perhatikan di sini bagaimana dosa itu bukan sekadar membutakan mata hati manusia, melenyapkan cahaya hati mereka malah berupaya menyebabkan diri mereka berat untuk melakukan ibadah. 4. Oleh yang demikian, dalam menyambut bulan Ramadan ini, mulakan dengan memohon keampunan kepada Allah, perbanyakkanlah amal soleh. Ini kerana melalui kebaikan yang kita lakukan, ia berupaya menyucikan jiwa, menanggalkan kerak-kerak dosa yang telah berkarat di dalam jiwa. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi