My #HadithTime
January 27, 2025 at 03:27 AM
ISRAK MIKRAJ & AZAB ORANG YANG MENGUMPAT
Anas bin Malik RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
لما عُرج بي مررتُ بقوم لهم أظفارٌ من نُحاسٍ يخمُشونَ بها وجُوهَهُم وصدُورَهُم، فقلت: مَن هؤلاء يا جبريلُ؟ قال: هؤلاء الذين يأكلُون لحومَ الناس، ويقعونَ في أعراضِهِم
"Pada malam Mikraj, aku lalu dekat dengan satu golongan yang memiliki kuku daripada tembaga. Mereka sedang mencakar melukakan muka dan dada mereka dengan kuku mereka. Aku bertanya: Siapakah mereka ini, wahai Jibril? Jibril berkata: Mereka adalah golongan yang selalu makan daging orang (mengumpat) dan mengata tentang peribadi orang."
(Sunan Abi Dawud, no. 4878)
1) Islam mengajar kita agar berakhlak mulia dan tidak menimbulkan kebencian dengan orang lain.
2) Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menceritakan bahawa ketika baginda naik ke langit pada malam Israk Mikraj, baginda melihat satu golongan yang berada di neraka.
3) Mereka memiliki kuku tembaga. Mereka sedang mencakar, merobek, melukakan muka dan dada mereka dengan kuku mereka sendiri.
4) Mereka adalah golongan yang suka mengumpat orang lain. Orang yang mengumpat ini seolah-olah memakan daging manusia. Mereka seperti golongan kanibal.
5) Balasan golongan yang selalu mengumpat sesuai dengan perbuatan buruk mereka, maka mereka merobek daging mereka sendiri.
6) Firman Allah SWT: "Dan janganlah sebahagian kamu MENGUMPAT sebahagian yang lain! Apakah ada antara kamu yang suka MEMAKAN DAGING saudaranya yang sudah MATI? (Jika begitu keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu berasa jijik." (Surah al-Hujurat: 12)
7) Ini menunjukkan bahawa dosa mengumpat merupakan antara dosa-dosa besar dan satu amaran keras agar tidak terjebak dalam mengumpat.
Semoga Allah memelihara kita daripada melakukan dosa-dosa besar termasuk mengumpat.
=========
Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime
❤️
😢
👍
😂
64