My #HadithTime

My #HadithTime

30.6K subscribers

Verified Channel
My #HadithTime
My #HadithTime
January 31, 2025 at 09:33 AM
SUNNAH BERPUASA BULAN SYAABAN Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Hal ini sepertimana yang dituturkan oleh Ummul Mukminin Aisyah RA: مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ “Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa sebulan penuh selain bulan Ramadan. Saya juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan lebih banyak selain bulan Syaaban.” (Sahih al-Bukhari, no. 1969) 1) Rasulullah SAW banyak berpuasa pada bulan Syaaban kerana bulan ini merupakan waktu di mana amalan hamba diangkat kepada Tuhan sekalian alam. Baginda suka agar amalannya diangkat dalam keadaan berpuasa. 2) Selain itu, bulan Syaaban juga sering dilalaikan oleh ramai orang kerana ia terletak antara dua bulan yang menjadi tumpuan ibadah, iaitu bulan Rejab dan Ramadan. Marilah kita menghidupkan sunnah dengan berpuasa pada bulan Syaaban. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita. ========= Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime
❤️ 👍 😢 😮 🙏 39

Comments