
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
January 21, 2025 at 04:55 AM
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku,
Salam Malaysia MADANI.
SELASA | 21 JANUARI 2025 | PEMAKLUMAN
*PEMAKLUMAN TENTANG PERKHIDMATAN BAS UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS KUALA PILAH*
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak GTT Liner Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk menyambung menyediakan perkhidmatan bas untuk pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah.
Oleh itu, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Sesi 2024/2025 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak GTT Liner Sdn. Bhd. atas kesudian menyediakan perkhidmatan bas ini.
Disertakan lokasi dan harga tambang bas terkini:
*Taman Senimas - UiTM* = RM 1.50
*UiTM - Pilah Gateway* = RM 3.00
*Pilah Gateway - Senimas* = RM 2.50
*Bustand Kuala Pilah - UiTM* = RM 3.00
*Bustand Kuala Pilah - Senimas* = RM 2.50
❗ Untuk makluman pelajar, perkhidmatan bas ini juga menerima bayaran secara *_cashless_*.
📌 Pelajar boleh merujuk masa perjalanan bas yang baru pada jadual yang telah disediakan.
📌 Perkhidmatan bas ini akan dihentikan sekiranya kurang mendapat sambutan dari pelajar.
Diharapkan semua pelajar dapat bersama-sama menghargai dan menyokong perkhidmatan bas yang telah disediakan ini.
Sekian, terima kasih.
"𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵"
*MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR*
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Sesi 2024/2025
#mesrasiswa
#championstudent
#uitmcawangann9
#uitmkampuskualapilah
❤️
👍
😢
5