
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
12.3K subscribers
About INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
Pusat Informasi Utama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2024/2025. Sebarang urusan boleh berhubung dengan: - *MPP Wanie:* 019-7557948 - *MPP Hadif:* 011-36122499
Similar Channels
Swipe to see more
Posts

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. JUMAAT | 16 MEI 2025 | UMUM *UCAPAN SELAMAT HARI GURU 2025* Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan sesi 2024/2025 ingin mengucapkan Selamat Hari Guru 2025 buat semua insan yang bergelar guru, pensyarah dan seluruh tenaga pengajar di Malaysia. Tema โGuru Pemacu Reformasi Pendidikanโ membawa maksud bahawa guru memainkan peranan penting sebagai tulang belakang dalam usaha mentransformasikan sistem pendidikan negara. Ia menggambarkan bahawa guru bukan hanya berfungsi sebagai penyampai ilmu semata-mata, malah turut berperanan sebagai agen pembaharuan yang mendorong perubahan dalam aspek dasar pendidikan, pendekatan pengajaran, serta budaya pembelajaran yang lebih dinamik dan berorientasikan masa depan. Sekian, terima kasih. "๐ฒ๐ฌ๐ท๐ฐ๐ด๐ท๐ฐ๐ต๐จ๐ต ๐ฐ๐ต๐ป๐ฌ๐ฎ๐น๐ฐ๐ป๐ฐ, ๐ด๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฌ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ณ๐ฌ๐ฎ๐จ๐บ๐ฐ ๐ด๐จ๐ท๐จ๐ต" *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2024/2025 #MPPPERKASA #MesraSiswa #ChampionStudent #UiTMCawanganN9


Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. JUMAAT | 16 MEI 2025 | KEBAJIKAN *HASIL DAPATAN PEMERIKSAAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA PILAH* Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah telah menerima aduan daripada pelajar mengenai kebersihan makanan dan kawasan sekitar di Anjung Sri Perpatih dan kami telah membuat satu aduan rasmi kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah. Sehubungan itu, pihak PKD Kuala Pilah telah menjalankan tinjauan dan pemeriksaan di sekitar Anjung Sri Perpatih pada jam 10.00 pagi. Berikut merupakan hasil dapatan daripada tinjauan dan pemeriksaan tersebut: 1. Punca penutupan premis adalah disebabkan tahap kebersihan premis yang tidak memuaskan dan kerosakan sistem perpaipan di sekitar kawasan anjung. 2. Kerosakan sistem perpaipan menyebabkan longkang dan paip tersumbat yang menimbulkan bau kurang menyenangkan di sekitar kawasan anjung. 3. Penutupan sementara telah diarahkan oleh pihak PKD Kuala Pilah bagi memberi ruang kepada pihak premis dan pengurusan fasiliti untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan. 4. Pembukaan semula premis di anjung akan dilakukan setelah pemeriksaan lanjut oleh pihak PKD Kuala Pilah selepas tempoh penutupan sementara ini. ๐Sebarang pertanyaan sila hubungi: *MPP Nik*: 011-39824507 *SMPP Akmal*: 019-7299965 Sekian, terima kasih. "๐ฒ๐ฌ๐ท๐ฐ๐ด๐ท๐ฐ๐ต๐จ๐ต ๐ฐ๐ต๐ป๐ฌ๐ฎ๐น๐ฐ๐ป๐ฐ, ๐ด๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฌ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ณ๐ฌ๐ฎ๐จ๐บ๐ฐ ๐ด๐จ๐ท๐จ๐ต" *EXCO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT MAHASISWA* *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Sesi 2024/2025 #MPPPERKASA #MesraSiswa #ChampionStudent #UiTMCawanganN9 #UiTMKampusKualaPilah

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. ISNIN | 19 MEI 2025 | PROGRAM *LAWATAN PENANDA ARAS MPP KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA KE MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025* Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan sesi 2024/2025 mengalu-alukan kedatangan delegasi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM) ke UiTM Cawangan Negeri Sembilan bagi sesi lawatan penanda aras bersama MPP UiTM Cawangan Negeri Sembilan sesi 2024/2025. Lawatan ini merupakan platform perkongsian strategik dalam aspek kepimpinan pelajar, pengurusan organisasi serta inisiatif pembangunan mahasiswa antara dua institusi. Diharapkan lawatan ini mampu memperkukuh jaringan kerjasama dan membuka ruang sinergi yang lebih luas demi kemajuan bersama. Sekian, terima kasih. โ๐ฒ๐ฌ๐ท๐ฐ๐ด๐ท๐ฐ๐ต๐จ๐ต ๐ฐ๐ต๐ป๐ฌ๐ฎ๐น๐ฐ๐ป๐ฐ, ๐ด๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฌ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ณ๐ฌ๐ฎ๐จ๐บ๐ฐ ๐ด๐จ๐ท๐จ๐ตโ *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2024/2025 #MPPPERKASA #MesraSiswa #ChampionStudent #UiTMCawanganN9


Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. SABTU | 17 MEI 2025 | PEMAKLUMAN *PENCARIAN AHLI BAHARU PTAR BUDDIES UiTM KAMPUS KUALA PILAH SESI OKTOBER 2025* Merujuk perkara di atas, Persatuan PTAR _Buddies_, UiTM Kampus Kuala Pilah sedang mencari barisan ahli baharu bagi sesi Oktober 2025. Pelajar yang berminat untuk menyertai PTAR _Buddies_ boleh mendaftar menerusi pautan berikut: ๐ https://forms.gle/aoZLkrKdpTPETuga8 Antara syarat penyertaan: 1. Pelajar aktif UiTM Kampus Kuala Pilah 2. Mempunyai baki minima dua (2) semester 3. Berperwatakan menarik, kreatif dan proaktif 4. Bersedia untuk memberi komitmen dan bekerjasama dalam kumpulan Kelebihan menyertai PTAR _Buddies_: 1. Mendapat Surat Pelantikan dan Sijil Keahlian 2. Berdaftar sebagai Bridget Sukarelawan PTAR 3. Dapat menyertai program-program anjuran PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan 4. Membina kemahiran memimpin, berkomunikasi dan bekerja dalam kumpulan ๐ Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum *1 Jun 2025*. Sertai PTAR _Buddies_ sekarang dan jangan lepaskan peluang yang menarik ini! Sebarang pertanyaan boleh hubungi: ๐ Puan Halimah: 016-7297969 Sekian, terima kasih. "๐ฒ๐ฌ๐ท๐ฐ๐ด๐ท๐ฐ๐ต๐จ๐ต ๐ฐ๐ต๐ป๐ฌ๐ฎ๐น๐ฐ๐ป๐ฐ, ๐ด๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฌ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ณ๐ฌ๐ฎ๐จ๐บ๐ฐ ๐ด๐จ๐ท๐จ๐ต" *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Sesi 2024/2025 #MPPPERKASA #MesraSiswa #ChampionStudent #UiTMCawanganN9 #UiTMKampusKualaPilah


Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. JUMAAT | 16 MEI 2025 | KEBAJIKAN *MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PREMIS DI ANJUNG SRI PERPATIH* Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa semua premis di Anjung Sri Perpatih akan *ditutup buat sementara waktu* bagi tujuan pembersihan dan penyelenggaraan atas arahan daripada *Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah*. Sehubungan itu, dimohon semua pelajar untuk mengambil maklum mengenai penutupan ini. Segala pemakluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. ๐Sebarang pertanyaan sila hubungi: *MPP Nik*: 011-39824507 *SMPP Akmal*: 019-7299965 Sekian, terima kasih. "๐ฒ๐ฌ๐ท๐ฐ๐ด๐ท๐ฐ๐ต๐จ๐ต ๐ฐ๐ต๐ป๐ฌ๐ฎ๐น๐ฐ๐ป๐ฐ, ๐ด๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฌ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ณ๐ฌ๐ฎ๐จ๐บ๐ฐ ๐ด๐จ๐ท๐จ๐ต" *EXCO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT MAHASISWA* *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Sesi 2024/2025 #MPPPERKASA #MesraSiswa #ChampionStudent #UiTMCawanganN9 #UiTMKampusKualaPilah

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM diHatiku, Salam Malaysia MADANI. AHAD | 18 MEI 2025 | PEMAKLUMAN *PENGALIHAN JUALAN PELAJAR DI BAWAH BLOK KOLEJ KEDIAMAN KE MPP MART* Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (*MPP*) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (*JPK*) mendapat makluman daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (*KKM*) untuk mengalihkan makanan yang dijual di bawah blok kolej kediaman ke tempat yang lebih sesuai atau meletakkan makanan di tempat yang lebih tinggi. Hal ini kerana faktor kebersihan jualan para pelajar yang berkemungkinan besar terdedah kepada perkara-perkara yang akan membahayakan kesihatan pelajar. Inisiatif ini juga diambil untuk menjaga kebajikan para pelajar yang menjual barangan di bawah blok kolej kediaman. Oleh itu, semua barangan jualan hendaklah diletakkan di MPP Mart pada *Ahad - 18 MEI 2025* pada jam *4 petang*. Jika pelajar tidak dapat melaksanakan seperti yang diarahkan, pelajar hendaklah mengambil inisiatif sendiri untuk meletakkan makanan di tempat yang lebih tinggi seperti meletakkan meja di hadapan tangga di setiap blok bagi mengelakkan tindakan diambil oleh pihak *Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)*. Diminta juga kepada semua pelajar yang menjual makanan di bawah blok kolej kediaman untuk menyertai pautan _group Whatsapp_ yang telah disediakan bagi memudahkan sebarang komunikasi: ๐https://chat.whatsapp.com/GOrXAr1GcunLJTwccvxEYA Sebarang pertanyaan, sila hubungi: ๐ *MPP IRSYAD* : 0172442412 ๐ *SMPP AFIQ* : 01125840424 Sekian, terima kasih. "๐ฒ๐ฌ๐ท๐ฐ๐ด๐ท๐ฐ๐ต๐จ๐ต ๐ฐ๐ต๐ป๐ฌ๐ฎ๐น๐ฐ๐ป๐ฐ, ๐ด๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฌ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ณ๐ฌ๐ฎ๐จ๐บ๐ฐ ๐ด๐จ๐ท๐จ๐ต" *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Sesi 2024/2025 #MPPPERKASA #MesraSiswa #ChampionStudent #UiTMCawanganN9 #UiTMKampusKualaPilah

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. SELASA | 20 MEI 2025 | KEBAJIKAN *INISIATIF MPP CARE: MOH BALIK KAMPUNG* Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan menjalankan inisiatif "MPP _Care_: Moh Balik Kampung" bagi menyediakan kemudahan pengangkutan bas kepada para mahasiswa/i UiTM Cawangan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Oleh itu, mahasiswa/i yang berminat boleh imbas kod Qr yang disediakan dan mendaftar *sebelum 30 Mei 2025*. Pautan pendaftaran: ๐ https://forms.gle/XzhRSmt9Sd2vxXtc8 Sebarang pertanyaan, sila hubungi: ๐ MPP NIK: +601139824507 ๐ MPP MAI: +60182588450 ๐ MPP AQIL: +601135933759 Sekian, terima kasih. "๐ฒ๐ฌ๐ท๐ฐ๐ด๐ท๐ฐ๐ต๐จ๐ต ๐ฐ๐ต๐ป๐ฌ๐ฎ๐น๐ฐ๐ป๐ฐ, ๐ด๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฌ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ณ๐ฌ๐ฎ๐จ๐บ๐ฐ ๐ด๐จ๐ท๐จ๐ต" *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2024/2025 #MPPPERKASA #MesraSiswa #ChampionStudent #UiTMCawanganN9


Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. ISNIN | 19 MEI 2025 | KEBAJIKAN *MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA PREMIS DI ANJUNG SRI PERPATIH* Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa semua premis di Anjung Sri Perpatih telah dibenarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah untuk *beroperasi semula mulai hari esok, Selasa (20 Mei 2025)* Sehubungan itu, dimohon semua pelajar untuk mengambil maklum mengenai pengoperasian semula ini. ๐ Sebarang pertanyaan sila hubungi: *MPP Nik*: 011-39824507 *SMPP Akmal*: 019-7299965 Sekian, terima kasih. "๐ฒ๐ฌ๐ท๐ฐ๐ด๐ท๐ฐ๐ต๐จ๐ต ๐ฐ๐ต๐ป๐ฌ๐ฎ๐น๐ฐ๐ป๐ฐ, ๐ด๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฌ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ณ๐ฌ๐ฎ๐จ๐บ๐ฐ ๐ด๐จ๐ท๐จ๐ต" *EXCO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT MAHASISWA* *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Sesi 2024/2025 #MPPPERKASA #MesraSiswa #ChampionStudent #UiTMCawanganN9 #UiTMKampusKualaPilah

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. JUMAAT | 16 MEI 2025 | KEBAJIKAN *ALTERNATIF BAGI PENUTUPAN ANJUNG SRI PERPATIH* Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa semua premis di Anjung Sri Perpatih akan ditutup bermula 5.00 petang (16 Mei 2025) sehingga diberitahu. Sehubungan itu, beberapa alternatif telah diambil bagi memastikan kebajikan mahasiswa terjamin: 1. *Malam ini (16 Mei 2025)*, Pengusaha makanan dari fakulti akan mengadakan jualan. Tempahan makanan boleh dibuat melalui pautan berikut: ๐: https://chat.whatsapp.com/JHcYClyUQ5O3Bz8KjUBLTI 2. *Sabtu (17 Mei 2025)* sehingga *Selasa (20 Mei 2025)* akan ada pembukaan pasar bermula *11.00 pagi- 9.00 malam*. 3. Pemilik _vending machine_ akan menambah stok makanan berat. ๐Sebarang pertanyaan, sila hubungi: *MPP Nik*: 011-39824507 *SMPP Akmal*: 019-7299965 Sekian, terima kasih. "๐ฒ๐ฌ๐ท๐ฐ๐ด๐ท๐ฐ๐ต๐จ๐ต ๐ฐ๐ต๐ป๐ฌ๐ฎ๐น๐ฐ๐ป๐ฐ, ๐ด๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฌ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ณ๐ฌ๐ฎ๐จ๐บ๐ฐ ๐ด๐จ๐ท๐จ๐ต" *EXCO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT MAHASISWA* MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Sesi 2024/2025 #MesraSiswa #ChampionStudent #UiTMCawanganN9 #UiTMKampusKualaPilah

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. KHAMIS | 15 MEI 2025 | AKADEMIK *KUTIPAN MAKLUMAT CLASS REPRESENTATIVE UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS KUALA PILAH SESI MAC - OGOS 2025* Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ingin mengumpulkan maklumat _Class Representative_ bagi setiap semester untuk memudahkan penyampaian maklumat berkenaan Hal Ehwal Akademik kepada pelajar. Oleh itu, semua _Class Representative_ dikehendaki untuk mengisi _Google Form_ melalui pautan berikut: ๐ *Pautan FSG:* https://forms.gle/o9gYd8K2zzwyNXKV6 ๐ *Pautan ACIS:* https://forms.gle/9vfNKmht4829DbH89 Sekian, terima kasih. "๐ฒ๐ฌ๐ท๐ฐ๐ด๐ท๐ฐ๐ต๐จ๐ต ๐ฐ๐ต๐ป๐ฌ๐ฎ๐น๐ฐ๐ป๐ฐ, ๐ด๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฌ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ณ๐ฌ๐ฎ๐จ๐บ๐ฐ ๐ด๐จ๐ท๐จ๐ต" *EXCO SKOLASTIK DAN JARINGAN INDUSTRI* *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Sesi 2024/2025 #MPPPERKASA #MesraSiswa #ChampionStudent #UiTMCawanganN9 #UiTMKampusKualaPilah