INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
                                
                            
                            
                    
                                
                                
                                January 31, 2025 at 05:27 AM
                               
                            
                        
                            Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku,
Salam Malaysia MADANI.
JUMAAT | 31 JANUARI 2025 | PEMAKLUMAN
*LARANGAN PEMBELIAN MAKANAN DARI LUAR KAMPUS*
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (TRHEP) telah menetapkan larangan terhadap pembelian makanan dari luar kampus yang tidak berdaftar dengan perkhidmatan penghantaran rasmi seperti _Food Panda_ atau _Grab_.  
Larangan ini akan berkuat kuasa mulai *31 Januari 2025* susulan beberapa kes keracunan makanan yang dilaporkan baru-baru ini, dipercayai berpunca daripada makanan yang dibeli dari luar tanpa kawalan kualiti dan kebersihan yang ketat.  
Sehubungan itu, pihak Polis Bantuan akan menjalankan pemeriksaan di Pos Utama bagi menghalang sebarang penghantaran makanan yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Pelajar diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kesejahteraan bersama.
Sekian, terima kasih.
"𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵"
*MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR*
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Kuala Pilah
Sesi 2024/2025
#mesrasiswa
#championstudent
#uitmcawangann9
#uitmkampuskualapilah
                        
                    
                    
                    
                    
                    
                                    
                                        
                                            👍
                                        
                                    
                                    
                                        1