INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
February 6, 2025 at 06:18 AM
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. KHAMIS | 6 FEBRUARI 2025 | AKADEMIK *PERSEDIAAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SESI OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025* Merujuk kepada perkara di atas, Peperiksaan Akhir Sesi Oktober 2024 - Februari 2025 akan berlangsung dari *3 sehingga 23 Februari 2025*. Sehubungan dengan itu, para pelajar diminta untuk cakna kepada perkara-perkara penting berkaitan persediaan menduduki peperiksaan akhir seperti berikut: 1. *Pelajar WAJIB membawa Slip Menduduki Peperiksaan bersama Kad Pelajar (Kad Prihatin Siswa berwarna biru) dan Kad Pengenalan* semasa memasuki dewan peperiksaan. ❗ *Hanya Kad Pelajar Baharu (berwarna biru)* sahaja yang dibenarkan untuk kegunaan peperiksaan. 2. *Pastikan anda hadir tepat pada masa* mengikut jadual dan lokasi yang telah ditetapkan. 3. *Sekiranya Kad Pelajar hilang atau rosak*, segera laporkan ke Pejabat Polis Bantuan untuk proses penggantian kad baharu. 4. *Pakaian mestilah mematuhi Etika Pemakaian Sahsiah Rupa Diri Pelajar UiTM* semasa menduduki peperiksaan. 5. *Bawa semua keperluan peperiksaan (alat tulis, kalkulator, dsb.)* sebelum memasuki dewan peperiksaan. 6. *Semua nota, buku, dan bahan rujukan tidak dibenarkan* dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan. Pastikan semuanya ditinggalkan di luar dewan sebelum peperiksaan bermula. ❗ *Peringatan:* Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan. Oleh itu, diharapkan semua pelajar cakna dan mematuhi segala arahan ini. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian, terima kasih. "𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵" *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2024/2025 #mesrasiswa #championstudent #uitmcawangann9
👍 😮 2

Comments