
My #HadithTime
February 17, 2025 at 09:40 AM
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA SAAT MEREKA TELAH MENUA
Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ، ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ، ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ
Sangat rugilah, sangat rugilah, sangat rugilah!
قِيلَ: مَنْ؟ يَا رَسُولَ اللهِ
Baginda ditanya: Siapakah itu, wahai Rasulullah?
قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ، أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ
Baginda bersabda: Orang yang sempat bersama dengan ibu bapanya ketika mereka sudah tua, sama ada salah seorang telah tua atau kedua-duanya sekali, tetapi dia tidak dapat masuk syurga.
(Sahih Muslim, no. 2551)
1) Berbakti kepada orang tua merupakan tiket untuk kita semua masuk ke syurga Allah SWT.
2) Ibu bapa yang sudah tua akan lebih lemah kudratnya dan lebih sensitif perasaannya. Mereka akan lebih memerlukan kita untuk membantu menguruskan keperluan harian mereka dan lebih mudah terasa dengan sekecil-kecil perkara.
3) Jika kita memiliki ibu bapa yang sudah berusia, maka inilah waktunya untuk kita berbakti dan menjaga mereka sebaiknya.
4) Bersabarlah sedikit masa lagi dalam menunaikan hak mereka. Kelak kita akan menyesal 1001 penyesalan seandainya kita terlepas tiket emas ini.
=====
Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime
My #hadithtime
#rasulullahsuriteladan
❤️
👍
😢
14