
Astro AWANI
February 28, 2025 at 01:57 AM
"Kami janji nak sampai ke garisan penamat sama-sama tetapi, tak sangka dia 'pergi' dahulu."
Demikian luahan Putra Hafiz Zaidi, 16, rakan kepada Muhammad Haziq Uzayr Hairudin, 16, yang meninggal dunia selepas menyertai acara merentas desa di sebuah sekolah di Sungai Petani pada Khamis.
Putra bagaimanapun tidak menyangka janji yang dibuat pada pagi hari kejadian adalah pertemuan terakhir sebelum mangsa dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja selesai aktiviti berkenaan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#awaninews

😢
👍
😮
😂
30