
Astro AWANI
February 28, 2025 at 02:14 AM
Hari ini 78 tahun yang lalu, bermulanya episod pembunuhan beramai-ramai di Taiwan oleh Parti Kuomintang China (KMT).
Selepas Perang Dunia II pada 1945, Republik China mengambil alih pentadbiran Formosa (Taiwan) daripada Jepun. Begitupun kerajaan KMT itu penuh dengan korupsi sehingga pengangguran, kebuluran melanda. Rakyat Taiwan hanya memendam geram.
Hinggalah pada satu malam 27 Februari 1947 di Taipei, seorang peniaga wanita dipukul oleh ejen Biro Monopoli Tembakau kerana menjual rokok seludup. Berang, orang ramai yang menyaksikan mengerumuni ejen itu yang mahu menahan wanita tersebut.
Dalam pergelutan itu, salah seorang daripada ejen melepaskan tembakan yang mengenai seorang daripada khalayak lalu ejen-ejen tersebut melarikan diri dari tempat kejadian. Insiden itu meletuskan kemarahan meluap rakyat yang sudah lama terpendam.
Keesokan harinya, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan berkumpul & berarak ke pejabat Biro Monopoli Tembakau menuntut individu terlibat dikenakan hukuman bunuh & pengarah biro letak jawatan. Kemudian mereka berarak sehingga ke pejabat Gabenor-Jeneral, Chen Yi.
Di situ, tentera yang mengawal pejabat itu melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan. Ramai terbunuh, sekaligus mencetuskan pemberontakan di seluruh Taiwan & rakyat bertindak menyerang pejabat-pejabat kerajaan & orang dari tanah besar China.
Rakyat berjaya mengambil alih banyak kawasan & mentadbirnya dengan baik. Mereka menubuhkan satu jawatankuasa menyiasat Insiden 223 itu & menyampaikan 32 Tuntutan kepada kerajaan untuk mereformasi pentadbiran Taiwan supaya lebih terbuka, bersih & cekap.
Namun, kerajaan pusat KMT menghantar angkatan bersenjata dari China & bermulalah operasi besar menghapuskan para penentang parti KMT. Harta awam dirompak & dirosakkan, rakyat diseksa, diperkosa & dibunuh sesuka hati.
Dianggarkan hampir 30,000 nyawa orang awam terkorban sepanjang episod itu & untuk 38 tahun seterusnya, Taiwan diletakkan di bawah perintah undang-undang tentera.
Sumber: Of Taiwan, FPRI
#peristiwahariini
👍
😢
😂
😮
❤️
🙏
33