
Astro AWANI
February 28, 2025 at 06:34 AM
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti berjumlah RM92,876,08.90 ke atas lapan syarikat kerana terlibat dalam pemanipulasian bidaan bagi tiga tender bernilai RM474 juta.
Penalti ini melibatkan dua tender Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi projek Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road) serta satu tender Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelan mitigasi banjir.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail berkata, hasil siasatan mendapati lapan syarikat tersebut melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) kerana terlibat dalam pemanipulasian bidaan pada 2019.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#awaninews

👍
😢
😮
😂
❤️
55