
Astro AWANI
February 28, 2025 at 12:43 PM
McDonald’s Malaysia menjalin kerjasama dengan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menerusi Perjanjian Perkhidmatan Pengosongan Perangkap Lemak, Minyak dan Gris (FOG) bagi memastikan pengurusan sisa yang lebih sistematik dan mampan di restoran McDonald’s seluruh negara.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata kerjasama itu adalah langkah strategik bagi meningkatkan standard pengurusan air sisa serta menyokong matlamat kelestarian negara.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#awaninews

😂
👍
😮
❤️
🙏
😢
44