Astro AWANI

Astro AWANI

839.8K subscribers

Verified Channel
Astro AWANI
Astro AWANI
March 1, 2025 at 03:28 AM
Hari ini 92 tahun yang lalu, sebuah pasukan tentera watan ditubuhkan secara rasmi, diberi nama Rejimen Pertama Askar Melayu. Ia menurut kehendak Raja-Raja Melayu supaya tanah air ini mempunyai angkatan pertahanan sendiri menggantikan Batalion Tentera British India yang beribu pejabat di Taiping, Perak. Sejak 1902 lagi, sebelum Perang Dunia Pertama, cadangan penubuhan angkatan tentera Melayu sudah dikemukakan Raja-Raja Melayu bagaimanapun dasar kerajaan kolonial British yang mentadbir Malaya ketika itu hanya mahu menumpukan kepada pemacuan ekonomi. Ia diketepikan sehinggalah pada 23 November 1932, Jabatan Perang British akhirnya setuju supaya satu pasukan Askar Melayu ditubuhkan sebagai satu rejimen dalam Angkatan Tentera British. Pada 23 Januari tahun sama, Akta Rejimen Askar Melayu atau Akta No.11 diluluskan. 25 orang anak Melayu daripada 100 calon dipilih untuk membentuk angkatan Melayu pelindung tanah air yang pertama bertempat di Haig Lines, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sumber : Arkib Negara Malaysia Gambar : Facebook/Rejimen Askar Melayu Diraja #peristiwahariini
❤️ 👍 😂 😮 24

Comments