Astro AWANI

Astro AWANI

839.8K subscribers

Verified Channel
Astro AWANI
Astro AWANI
March 1, 2025 at 07:18 AM
Ketika umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan dan keterujaan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang akibat konflik berpanjangan. Muhammad Attaullah, 17, yang ditemui wartawan Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) di tengah bandar Gaza, hanya mampu memandang sayu deretan gerai yang dihiasi lampu dan juraian seadanya sempena ketibaan bulan mulia itu. "Ini Ramadan kedua tanpa ayah di sisi kami," katanya sebak. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #awaninews
Image from Astro AWANI: Ketika umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan Ramadan dengan pe...
😢 ❤️ 👍 😂 🙏 😮 94

Comments