
Astro AWANI
March 1, 2025 at 11:15 AM
Qiamullail dan solat berjemaah sangat berkesan dalam mendidik hati dan mengukuhkan hubungan seseorang Muslim dengan Allah SWT.
Memahami hakikat ini, Masjid Al-Azhar, Universiti Islam Selangor (UIS) menggerakkan usaha yang berterusan untuk menggalakkan mahasiswa agar terus dekat dengan masjid dengan melaksanakan solat berjemaah dan aktiviti-aktiviti kerohanian yang lain.
Seramai 2,500 mahasiswa UIS baru-baru ini telah menyertai program Qiamullail Perdana yang diikuti dengan solat Subuh berjemaah dan Program Sembang Santai Bersama Pencetus Ummah (PU) Amin dan Imam Muda Megat.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#awaninews

👍
❤️
😢
😮
33