
Astro AWANI
March 1, 2025 at 11:50 AM
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan aktiviti pemantauan makanan di hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis pembekal bahan mentah serta premis penyediaan ais bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.
KKM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan aktiviti itu tidak hanya pada bulan Ramadan, sebaliknya telah dijalankan sebelum ini yang meliputi pemeriksaan ke atas sumber bahan mentah, tempat penyediaan makanan dan peniaga yang dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Langkah ini diambil bagi memastikan kepatuhan terhadap standard keselamatan makanan yang ditetapkan termasuk di semua bazar Ramadan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#awaninews

👍
😮
😂
9