
My #HadithTime
February 20, 2025 at 10:52 AM
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, buku ini berjaya dihasilkan.
Beberapa tahun lalu, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas telah menganjurkan program bertajuk “Bedah Hadis Edisi Ramadan: Ramadan Gaya Rasulullah”.
Program ini bertujuan membantu masyarakat beramal dengan lebih tepat mengikut ajaran Nabi SAW dalam bulan yang mulia ini. Bukan sahaja meneroka hadis berkaitan Ramadan, malah juga menjelaskan isu-isu Ramadan yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat.
Himpunan 19 ilmuwan hebat bersama barisan moderator telah menjayakan program “Bedah Hadis Edisi Ramadan” dengan penuh dedikasi, yang berjaya disiarkan sebanyak 20 episod melalui platform Facebook dan YouTube My #hadithtime.
Maka, buku ini dihasilkan sebagai catatan ilmu dan rujukan berharga daripada program “Bedah Hadis Edisi Ramadan: Ramadan Gaya Rasulullah” dengan harapan segala pengetahuan yang terkandung di dalamnya dapat terus dimanfaatkan oleh masyarakat pada bila-bila masa.
Semoga Allah SWT memberkati segala usaha memartabatkan al-Quran dan sunnah.
❤️
👍
12