My #HadithTime

My #HadithTime

30.6K subscribers

Verified Channel
My #HadithTime
My #HadithTime
March 1, 2025 at 05:22 AM
HADIS VIRAL TAPI TIDAK SAHIH TENTANG DOA JIBRIL MENJELANG RAMADAN Dikatakan bahawa Jibril berdoa agar Allah SWT mengabaikan dan tidak menerima puasa umat Nabi Muhammad SAW yang tidak melakukan tiga perkara ini ketika masuk bulan Ramadan: 1. Tidak meminta maaf kepada ibu bapa atau salah seorang daripada mereka yang masih hidup. 2. Tidak bermaaf-maafan antara suami dan isteri. 3. Tidak bermaaf-maafan dengan kenalan seperti jiran, rakan sekerja, jemaah masjid dan sebagainya. Hadis yang viral ini dikatakan diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya dan Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Namun, carian oleh ahli hadis mendapati bahawa hadis ini tidak wujud dalam kedua-dua kitab tersebut. Selain itu hadis ini turut tidak dikesan dalam mana-mana kitab hadis. Oleh itu, hadis ini tidak ada asalnya. Di samping itu, isi kandungan hadis ini juga keterlaluan. Hanya kerana seseorang itu tidak bermaafan maka puasanya tidak diterima dan terhindar daripada pandangan Allah SWT. My #hadithtime
❤️ 👍 😮 41

Comments