Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

69.9K subscribers

Verified Channel
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
February 25, 2025 at 12:34 PM
Ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini, saya maklumkan bahawa Kerajaan memberi jaminan tiada sesiapa pemilik asal hartanah, tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan di bawah Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) yang sedang digubal hari ini.   Saya tegaskan bahawa RUU ini akan dilaksanakan secara telus dan adil supaya tiada mana-mana pihak yang akan terabai atau terancam. Justeru, saya maklumkan bahawa Kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan sebelum apa-apa rundingan bagi memulakan pembangunan semula itu dibuat. Ini jua selaras dengan perjuangan reformasi dan gagasan MADANI yang menjunjung tinggi kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan. #malaysiamadani #madanibekerja Facebook https://www.facebook.com/share/v/1JrGSggdXh/?mibextid=wwXIfr Instagram https://www.instagram.com/reel/DGftypyz49J/?igsh=MTNsbGh4c2k4OWhsZQ== X https://x.com/anwaribrahim/status/1894360330010230913?s=46 Saluran WhatsApp https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C Telegram https://t.me/anwaribrahim_official
👍 ❤️ 😂 🙏 62

Comments