Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

69.9K subscribers

Verified Channel
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
February 26, 2025 at 08:54 AM
Tengah hari tadi sebelum pulang ke tanah air, saya berbesar hati tatkala melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Sosialis Vietnam Jeneral Lương Cường. Saya menzahirkan penghargaan atas layanan mesra serta menekankan kepentingan hubungan erat antara Malaysia dan Vietnam, khususnya dalam memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP). Kami seterusnya bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk tenaga, halal, pendigitalan, kecerdasan buatan (AI), dan pusat data sebelum bulan Mei ini. Malaysia juga menghargai usaha Vietnam dalam menangani cabaran global dan dalam mengukuhkan kerjasama serantau, termasuk di peringkat ASEAN, APEC, dan PBB. Dalam perbincangan tersebut, saya menekankan kepentingan meningkatkan pertukaran maklumat dan lawatan peringkat tinggi, termasuk usaha bersama dalam keselamatan siber dan pertahanan. Malaysia menghargai dukungan Vietnam dalam isu Laut China Selatan dan komitmen bersama untuk memuktamadkan Kod Tata Laku (COC). Saya turut menerima jemputan Presiden untuk melawat Điện Biên Phủ dan menzahirkan penghargaan terhadap keunikan sejarah serta kecekalan rakyat Vietnam dalam menyanggah imperialisme dan penjajahan seperti tercatat dalam lembaran sejarah dunia. Dengan kepimpinan dan keyakinan yang kukuh, saya percaya bahawa hubungan Malaysia-Vietnam akan terus berkembang demi manfaat kedua-dua negara serta menyumbang secara substantif dalam memungkinkan kestabilan serantau dan global. 🇲🇾🇻🇳 #malaysiamadani #madanibekerja
❤️ 👍 🙏 😂 😢 65

Comments