
Cereka
February 17, 2025 at 12:23 PM
*Wanita Amu* _oleh Amiratul Hasanah_
Bukit Uma, salah satu bukit di Kampung Gerah Jari, dikatakan dikuasai oleh seorang perempuan sihir pemakan manusia sejak beberapa minggu yang lalu. Sesiapa sahaja yang memasuki kawasan tersebut, esoknya pasti akan muncul di dada akhbar, sebuah notis kehilangan manusia.
Perempuan sihir tersebut diberi julukan Wanita Amu. Ada beberapa orang kampung pernah bertemu dengan penyihir tersebut. Kata mereka, Wanita Amu yang dikatakan nenek sihir itu sebenarnya tidak tua. Muda lagi rupawan!
Ura-ura kecantikan si ahli sihir itu sering kali menawan hati para jejaka untuk beraktiviti secara haram di bukit tersebut.
“Patik sungguh kecewa dengan sikap manusia di bumi. Tega benar mereka menuduh Tuanku seorang penyihir! Mereka tidak tahu apa yang terjadi, sesedap titah mereka sahaja membuat khabar palsu!” marah seorang manusia berbulu lebat persis seekor monyet, berpakaian kemas yang diperbuat daripada dedaun, lagak seorang satria.
“Biarlah, Nia. Beta tidak kisah apa yang mereka katakan. Asalkan beta jalankan tugas beta untuk merawat mereka yang diserang makhluk buas,” balas Permaisuri Rimba Ara, ligat menyembuhkan kesan cakaran harimau di perut seorang lelaki menggunakan cahaya hijau yang keluar dari tapak tangannya.
Permaisuri Rimba Ara merupakan ratu bagi Kerajaan Lakaraya. Baginda akan menziarahi setiap hutan yang ada di muka bumi untuk menyembuhkan manusia yang diserang binatang buas. Mereka yang diubati akan dihilangkan memori mereka tentang permaisuri, ditanamkan perasaan cintakan alam sekitar dan dikembalikan ke rumah masing-masing dalam keadaan pulih.
“Tuanku terlalu berhati baik dengan manusia, sedangkan mereka cuba merosakan hutan yang dijaga tuanku!”
👍
😢
❤️
😮
😂
🙏
🤔
🎉
👌
👻
273