
MyMDEC
February 21, 2025 at 09:57 AM
Hari pertama Jelajah Malaysia Digital (JMD) di Kapit, Sarawak padat dengan pelbagai program menarik yang menghubungkan teknologi dan komuniti. Sesi pagi yang ceria dimulakan dengan Program Digital AgTech bersama MDEC, yang memberi tumpuan kepada inovasi digital dalam sektor pertanian. Selain itu, sesi perkongsian inspirasi daripada rakan kongsi industri Digital AgTech telah memberi gambaran lebih jelas berkenaan bagaimana teknologi digital boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan taraf hidup, pendapatan dan juga ekonomi komuniti tempatan.
Dalam masa yang sama, Program Komuniti Digital bersama Jabatan KEMAS Kapit berlangsung dengan matlamat memperkasakan masyarakat melalui pembelajaran digital. Bengkel interaktif dan sesi perkongsian ilmu membantu peserta memahami asas teknologi dan kepentingannya dalam kehidupan seharian.
Acara kemuncak pada hari pertama ini ialah Majlis Pelancaran "Jelajah Malaysia Digital", yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Nicholas Kudi Jantai, ADUN N.64 Baleh, Tuan Robert Liman Anak Deli, Timbalan Residen Bahagian Kapit, Tuan Harry Bruce, Pegawai Daerah Song dan Puan Noorazimah Binti Halal, Ketua Jabatan Unit Acara Korporat MDEC.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai keseronokan JMD Kapit esok. Acara berlangsung sehingga 5.30 petang, Jumpa anda di sana!
#sayadigital #malaysiadigital
👍
❤️
😢
6