Semporna Mari
Semporna Mari
February 2, 2025 at 07:53 AM
SEMPORNA - Kemalangan jalanraya membabitkan 3 buah kenderaan termasuk bas persiaran, pacuan empat roda dan motokar (bezza), kira-kira pukul 10 pagi tadi. Kejadian berlaku di Kilometer (KM) 36, Jalan Semporna–Tawau. Dua pelancong warga China antara lima yang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 38 Jalan Semporna-Tawau hasil siasatan awal mendapati bas persiaran bergerak dari arah Semporna menuju ke Tawau, manakala kereta dan pacuan empat roda itu pula dari arah bertentangan. Kereta sedan dipandu lelaki berusia 26 tahun itu telah masuk ke laluan bertentangan dan mengakibatkan berlaku pelanggaran dengan bas persiaran. Bas persiaran yang membawa dua pelancong China itu juga turut dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan. Semua kenderaan terbabit mengalami kerosakan teruk, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Ketiga-tiga pemandu kenderaan terbabit serta dua pelancong warga China mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan.
❤️ 1

Comments