Semporna Mari WhatsApp Channel

Semporna Mari

167 subscribers

About Semporna Mari

Semporna Mari aktif dari tahun 2011 hingga kini dalam bidang Fotografi, Blog dan Pelancongan. Kami berkongsi pelbagai maklumat dan kisah-kisah yang menarik sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat. Hakcipta Terpelihara ยฉ Semporna Mari 2011

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

Semporna Mari
Semporna Mari
2/2/2025, 7:53:58 AM

SEMPORNA - Kemalangan jalanraya membabitkan 3 buah kenderaan termasuk bas persiaran, pacuan empat roda dan motokar (bezza), kira-kira pukul 10 pagi tadi. Kejadian berlaku di Kilometer (KM) 36, Jalan Sempornaโ€“Tawau. Dua pelancong warga China antara lima yang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 38 Jalan Semporna-Tawau hasil siasatan awal mendapati bas persiaran bergerak dari arah Semporna menuju ke Tawau, manakala kereta dan pacuan empat roda itu pula dari arah bertentangan. Kereta sedan dipandu lelaki berusia 26 tahun itu telah masuk ke laluan bertentangan dan mengakibatkan berlaku pelanggaran dengan bas persiaran. Bas persiaran yang membawa dua pelancong China itu juga turut dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan. Semua kenderaan terbabit mengalami kerosakan teruk, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Ketiga-tiga pemandu kenderaan terbabit serta dua pelancong warga China mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan.

โค๏ธ 1
Image
Semporna Mari
Semporna Mari
2/2/2025, 8:45:57 AM
Video
Semporna Mari
Semporna Mari
2/2/2025, 2:36:43 PM

Semporna - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai produk kosmetik bernilai RM126,210 dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran di kawasan laut Sisipan, di sini, semalam. Pasukan serbuan markas operasi PPM Semporna terus menahan bot berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas barang yang dibawa. Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan telah menemukan 15 kotak yang mengandungi pelbagai barangan kosmetik dipercayai dari negara jiran Pemeriksaan lanjut mendapati barang kosmetik berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah sebagai pemilikan, kebenaran berdaftar, resit belian serta pengguna barang

โค๏ธ 1
Image
Semporna Mari
Semporna Mari
2/2/2025, 7:53:57 AM
Image
Semporna Mari
Semporna Mari
2/2/2025, 7:53:56 AM
Image
Semporna Mari
Semporna Mari
2/2/2025, 2:03:41 PM

โ€ผ๏ธORANG HILANG โ€ผ๏ธ Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga FB Mohon bantuan orang ramai untuk mengesan anak saya Nama : Nur Sabrina (sabekk) Umur : 17Tahun Alamat : tanjung batu darat , tawau sabah Terakhir berada d taman ria 5 dalam jam 4 ptg kerana ingin pergi ke kompleks sukan untuk joging.. tetapi dalam jam 6.12minit dia memaklumkan dia akan pulang tapi sampai sudah buat laporan dia belum pulang. Report polis telah dibuat . namun tiada berita sehingga kini . MOHON SANGATT.. WARGA FB SEKALIAN share info ini.. Jasa anda hanya Allah dapat membalas nya.. Gambar yang tertera adalah wajah terkini Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi : Midok: 0193694640 Nani :01129973216 Rosmina:01151818589 Atau pun bolehlah hubungi mana2 balai polis yang berhampiran. Terima Kasih

โค๏ธ 1
Image
Semporna Mari
Semporna Mari
2/6/2025, 9:23:22 AM

Semporna - Adik-beradik dari Semporna muncul johan bagi kategori Qari dan Qariah sempena Majlis Hafazan dan Tilawah Al-Quran (MTHQ) peringkat Bahagian Tawau yang berlangsung di ruang legar Masjid Al-Kauthar di sini, hari ini. Abdullah Abdul Wahid, 46, dan adiknya, Norasmah, 20, akan mewakili Bahagian Tawau ke pertandingan MTHQ peringkat negeri di Kota Kinabalu yang dijadualkan pada 13 hingga 16 Februari depan. Abdullah yang bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tg Kapur berkata, beliau akan terus memperbaiki teknik bacaan dan mempersiapkan diri secara mental dan rohani sebagai persiapan untuk bersaing di peringkat negeri nanti. Manakala, Norasmah, 20, yang merupakan pelajar Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) pula menyifatkan kemenangannya sebagai hadiah buat keluarga dan guru-guru yang menjadi tulang belakang yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya. Hadiah para pemenang disampaikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang hadir merasm

Post image
๐Ÿ‘ 4
Image
Semporna Mari
Semporna Mari
2/6/2025, 9:23:22 AM
Post image
Image
Semporna Mari
Semporna Mari
2/2/2025, 8:13:30 AM
Video
Semporna Mari
Semporna Mari
2/2/2025, 7:53:57 AM
Image
Link copied to clipboard!