
Semporna Mari
February 6, 2025 at 09:23 AM
Semporna - Adik-beradik dari Semporna muncul johan bagi kategori Qari dan Qariah sempena Majlis Hafazan dan Tilawah Al-Quran (MTHQ) peringkat Bahagian Tawau yang berlangsung di ruang legar Masjid Al-Kauthar di sini, hari ini.
Abdullah Abdul Wahid, 46, dan adiknya, Norasmah, 20, akan mewakili Bahagian Tawau ke pertandingan MTHQ peringkat negeri di Kota Kinabalu yang dijadualkan pada 13 hingga 16 Februari depan.
Abdullah yang bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tg Kapur berkata, beliau akan terus memperbaiki teknik bacaan dan mempersiapkan diri secara mental dan rohani sebagai persiapan untuk bersaing di peringkat negeri nanti.
Manakala, Norasmah, 20, yang merupakan pelajar Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) pula menyifatkan kemenangannya sebagai hadiah buat keluarga dan guru-guru yang menjadi tulang belakang yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.
Hadiah para pemenang disampaikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang hadir merasm

👍
4