
Semporna Mari
February 17, 2025 at 06:51 AM
Semporna - Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas melakukan aktiviti memancing di kawasan tepi laut Kampung Bukit Lalang, di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.15 pagi tadi.
Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Mangsa, Badrul Rizam Hajis, 33, dilaporkan tidak pulang sejak keluar memancing, kira-kira jam 5 petang semalam, sebelum keluarganya bertindak mencari di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, kereta dan joran dipercayai milik mangsa ditemukan di lokasi berhampiran jambatan Kampung Bukit Lalang oleh ahli keluarganya.
