
Tanyalah Ustaz AI
February 7, 2025 at 04:12 AM
Bismillah, pada hari Jumaat yang mulia ini, kami persembahkan tanyalahustaz.com V2.0.
Antara keunikan tanyalahustaz.com berbanding chatgpt dll adalah :
1. Setiap kategori (lihat gambar) mempunyai manhaj atau usul ‘prompt’ yang berbeza.
2. Setiap carian akan mempunyai sumber yang boleh di-klik dan di-akses untuk bacaan lanjut.
3. Sumber-sumber tanyalahustaz.com adalah dipilih dengan penuh tanggungjawab daripada sumber-sumber yang absah lagi sahih seperti Jabatan Mufti Negeri, Lembaga Zakat dll mengikut bidang kepakaran mereka.
4. Carian kini boleh menterjemah sumber-sumber daripada bahasa selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris & bahasa Arab. Jadi jangan terkejut jika sumber hasil carian anda bukan Bahasa Malaysia.
P/zs : Model ini ada kelemahannya, selamat ber-‘prompt’ dan kongsikan pengalaman anda. 😊 tanyalahustaz.com, portal carian fatwa & hukum agama Islam dikuasakan kecerdasan buatan (AI) pertama di Malaysia.
