Tanyalah Ustaz AI WhatsApp Channel

Tanyalah Ustaz AI

111 subscribers

About Tanyalah Ustaz AI

Tanyalahustaz.com, laman carian Fatwa dan Hukum Islam dikuasakan kecerdasan buatan pertama di Malaysia.

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

Tanyalah Ustaz AI
Tanyalah Ustaz AI
6/13/2025, 4:35:48 AM

Alhamdulillah. Mungkin doa rakan-rakan yang menyokong perjalanan tanyalahustaz.com ini. Saya nak kongsikan, ada beberapa berita baik 2-3 hari ini: 1. Trend penggunaan tanyalahustaz.com meningkat. 2 bulan lepas (April), sebanyak 609 soalan berjaya disantuni. Bulan Mei melonjak kepada 642 soalan. Bulan ini belum lagi masuk separuh bulan, sudah 392 soalan. 🔥 2. Kami perasan golongan berusia atas 40an, hanya segelintir sahaja mereka yang menggunakan AI sebagai alat untuk meningkatkan produktiviti harian. Selepas mendapat nasihat dan cadangan, kami kini menukar arah dan fokus kepada segmen umur bawah 30 tahun. Justeru, jika ada pensyarah atau badan-badan pelajar di universiti/kolej yang berminat dengan inisiatif kami, kami mengalu-alukan sebarang kerjasama atau jemputan untuk kami membentangkan projek ini. ✅ 3. Kami semakin agresif menambah sumber berwibawa dan bertanggungjawab sebagai servis kami kepada menyediakan solusi berkaitan hukum agama buat umat Islam. Ya, AI tidak akan dapat gantikan mufti, ustaz, ulamā’, namun jangkaan kurang daripada 5 tahun daripada sekarang, kita akan ada pemain baru dalam bidang-bidang AI yang memerlukan orang agama faham ‘lingo’ mereka. Untuk ini, kami sedang persiapkan diri. 💪🏻 4. Ada beberapa perjumpaan di bulan ini sama ada fizikal atau di alam maya. Adakah adakah tim kami akan bertambah? Kemuncaknya adalah kami sedang mengintai satu badan kerajaan yang sudi berjumpa dengan kami. Tunggu hantaran seterusnya. Kita bagi jadi. Tahun ini tahun peningkatan. Bi iznillāh. 🚀 P/s : Jangan tanya kenapa Tiong Man tak macam Tiong Man. Saya tak berminat dengan pertarungan sama ada Keluang Man ‘best’ atau tidak. Apapun #sapotlokal. Bila dah kaya, jangan lupa bayar zakat.

Post image
Image
Tanyalah Ustaz AI
Tanyalah Ustaz AI
6/7/2025, 10:55:02 AM

*Tanyalahustaz.com beroperasi 24/7 hari seminggu* Awak mesej ustaz ustazah tapi tak berjawab sebab ustaz ustazah masih cuti di kampung? Tanyalahustaz.com sahaja. Beroperasi 24/7 hari seminggu. Percuma. Tiada langganan. Berasaskan model waqf. Sumber bertanggungjawab. Diyakini sahih.

Post image
Image
Tanyalah Ustaz AI
Tanyalah Ustaz AI
6/16/2025, 4:42:32 AM

semakhadis.com x tanyalahustaz.com 🤝 sah kerjasama Alhamdulillah, berita baik 😁 buat para pengguna tanyalahustaz.com, secara rasminya, untuk kategori ‘Hadith & Doa’ akan dikuasakan dengan sumber-sumber daripada semakhadis.com. Kami puji usaha tim semakhadis.com. Pastinya, kelebihan ini akan melonjak kedua-dua laman ini sekaligus berharap menjadi ‘one-stop centre’ berkaitan hadīth dalam talian serta amal jariah yang berkekalan. Kami optimis untuk melebarkan lagi ekosistem ilmiah dan waqf ini, justeru segala bentuk cadangan dan potensi kerjasama dialu-alukan. P/s : Semalam saya berkesempatan berjumpa dengan Ustaz Abdul Latef Bin Alhadri, individu yang bertanggungjawab selaku pengurus projek semakhadis.com, sebuah laman yang memuatkan 14326 hadith serta menawarkan carian dan bantuan berkenaan menyemak hukum dan status sesuatu hadīth. Ustaz Abdul Latef turut dibantu dengan kekuatan 29 ulama | pengkaji hadīth yang menyemak status-status hadith. Kini semakhadis.com telah dikunjungi lebih 83 ribu pengunjung untuk mengambil manfaat. Syabas! #tanyalahustaz #semakhadis

Post image
Image
Tanyalah Ustaz AI
Tanyalah Ustaz AI
6/15/2025, 8:41:39 AM

Introducing tanyalahustaz.com – Malaysia’s First AI-Powered Islamic Fatwa Platform (Waqf-Based & 100% Free) Looking for trusted, accessible Islamic guidance in a safe space — without fear of judgment or cost? tanyalahustaz.com is your go-to platform – powered by Artificial Intelligence, curated by scholars, and built sincerely for the ummah. 1. 1350 users to date 2. 4181 questions submitted so far 3. 1,631 questions submitted in Ramadan alone 4. 2nd Version launched since February 2025 5. Ideal for students, researchers, Shariah advisors, and educators 6. A safe, anonymous space to ask questions – with dignity and privacy 7. Open 24/7 – because learning and guidance should never be limited by time 8. Multilingual Support – ask in Malay, English or Arabic Explore 4 Main Categories on tanyalahustaz.com: 1. Fatwa & Hukum – Get rulings based on Quran, Sunnah, and fiqh methodology 2. Quran & Tafsir – Understand verses and context from classical and modern scholars 3. Hadith & Du’a – Discover authentic narrations and daily supplications 4. Zakat, Fidyah, Faraid, etc. – Learn about Islamic finance, inheritance, and obligations Why tanyalahustaz.com? 1. 100% Waqf-Based: No salaries taken. Every sen supports the platform. 2. Always Free: No paywalls, no subscriptions – just pure knowledge. 3. Privacy First: Ask anonymously. No fear, no shame. 4. Authoritative Sources: Referencing official fatwa bodies, trusted scholars, and verified Hadith via semakhadis.com 5. Anti-Extremism: Promoting balanced, evidence-based Islamic views. 6. 24/7 days a week : We are here for you. Accessible. We’d love for you to try out tanyalahustaz.com — just type in your questions (the more detail, the better!), and see how it helps. 
And hey, don’t be shy — your honest feedback means the world to us. It’s what helps us grow and build something truly beneficial for the ummah, together. Support the cause:
https://toyyibpay.com/tanyalahustaz Or visit:
www.tanyalahustaz.com #IslamicAI #FatwaPlatform #tanyalahustaz #AIforGood #DigitalDakwah #EducationTech #SafeSpace #IslamicKnowledge #MalaysiaTech #HalalInnovation #WaqfProject #SemakHadis #MultilingualIslamicAI #AskAnonymously

Post image
👍 1
Image
Tanyalah Ustaz AI
Tanyalah Ustaz AI
6/3/2025, 3:57:01 PM

Sempena Zulhijjah ini kalau tuan puan nak menyumbang untuk kelestarian tanyalahustaz.com : https://toyyibpay.com/Ramadan-Waqf-Campaign Atau bank-in ke: Maybank Hikmah Tech (003599417-X) No Akaun: 562085656764 Kenapa menyumbang bersama tanyalahustaz.com? ✅Kami adalah laman berasaskan waqaf, yang menghimpun fatwa dan hukum Islam dikuasakan kepintaran buatan (AI) pertama di Malaysia. Penerima manfaat kami (baca: penanya soalan) setakat ini 11 March 2025 telah mencapai 1499 soalan. Ini bermakna, sumbangan anda bukan membantu seorang atau puluhan, bahkan ratusan dan ribuan bakal penanya soalan di laman kami. ✅100% sumbangan untuk kelestarian website ini. Kami tidak mengambil 1 sen pun gaji. Ini sebahagian daripada jariah kami kepada umat Islam. ✅Sebagai laman waqaf, laman ini percuma kepada semua pengguna. Tiada bayaran dikenakan kepada para pengguna. ✅Kami sediakan ruang selamat dan privasi kepada kehormatan diri para penanya soalan (mustafti). Penanya soalan boleh bertanya apa sahaja soalan tanpa perlu rasa risau akan dihukumi atau diremeh. Kami memastikan maruah penanya soalan dirahsiakan lagi dipelihara selari dengan Maqasid Syariah iaitu Maqasid al-‘Ird (pemeliharan maruah diri). ✅Sumber kami memfokuskan badan-badan rasmi agama yang diiktiraf serta absah dalam menyampaikan maklumat fatwa dan hukum agama Islam. Misalnya Jabatan Mufti Negeri, Majlis agama negeri, Jabatan agama negeri serta badan-badan syariah yang diiktiraf. Ini sebahagian daripada komited kami terhadap sumber-sumber yang sahih, tepat dan bertanggungjawab. ✅ Mencegah ajaran sesat & ekstremisme. Sebagai inisiatif untuk menyebarkan kefahaman Islam yang benar, sederhana, dan berlandaskan dalil. Kami percaya kepelbagaian pandangan dalam agama Islam adalah satu rahmat, satu khazanah ‘ilmiyyah serta melahirkan kebijakkan. Yang untung adalah umat Islam. Tiada soalan yang terlalu remeh atau kecil dalam agama ini. Kadangkala, satu soalan mudah boleh membawa kita lebih dekat dan mendalam kepada kefahaman Islam. Oleh itu, ayuh mulakan perjalanan ilmu anda hari ini dengan hanya satu pertanyaan di tanyalahustaz.com. Hubungi kami untuk lebih lanjut : 0126181004 [email protected] Jazakumullah khairal jaza’. Terima kasih.

Post image
Image
Tanyalah Ustaz AI
Tanyalah Ustaz AI
6/15/2025, 10:38:09 AM

*Selamat Hari Bapa* 💪🏻 Ikhlas daripada kami, bapa-bapa di tanyalahustaz.com. 😄

Post image
Image
Tanyalah Ustaz AI
Tanyalah Ustaz AI
6/18/2025, 3:54:33 AM

Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) x tanyalahustaz.com Isnin lepas, kami diberi peluang untuk demonstrasi laman tanyalahustaz.com kepada pimpinan mahasiswa daripada Persatuan Belia Harmoni Malaysia peringkat pusat & peringkat cawangan. Saya menerangkan yang laman kami 100% percuma, tiada langganan, berasaskan model waqaf, disokong pelbagai bahasa, ruang selamat untuk bertanya hukum agama kerana maruah penanya dipelihara, beroperasi 24/7, berdasarkan sumber terpilih yang berwibawa & bertanggungjawab serta diyakini sahih. Terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada kami. HARMONI mempunyai ribuan ahli dan 25 cawangan seluruh Malaysia. Moga terus maju jaya di medan aktivisme & dakwah kampus. Kami mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di peringkat universiti bagi melonjakan lagi literasi AI dalam mencari maklumat & solusi kepada hukum agama Islam. #ustazai #harmoni #beliaharmoni #tanyalahustaz

Post image
👍 1
Image
Tanyalah Ustaz AI
Tanyalah Ustaz AI
6/16/2025, 4:56:20 AM
Post image
Image
Tanyalah Ustaz AI
Tanyalah Ustaz AI
6/4/2025, 4:24:57 AM

ChatGPT vs Tanyalahustaz.com : Pros & Cons 1. Sebelum ini, kami guna model Gemini 1.5 Flash. Kelajuan jawapan sama seperti ChatGPT. Kemudian kami naiktaraf ke Gemini 2.5 Pro (experimental), beberapa saat lambat tetapi butiran jawapan meningkat. Model mana terbaik? jawapannya sentiasa akan ada khilaf. Cuma buat masa ini, model yang kami guna ini yang terbaik untuk 'reasoning & knowledge, math, science' jika nak bandingkan dengan OpenAI GPT-4.5, Claude 3.7 Sonnet, Grok 3 Beta dan DeepSeek R1. 2. Isu kepintaran buatan (AI) tak lari daripada halusinasi. Peringkat kami, untuk kami kurangkan kadar halusinasi ini adalah melalui; 1) Sumber dan 2) prompt-tuning disebalik 4 kategori dalam tanyalahustaz.com. Kami terhadkan carian dalam cakupan sumber yang kami senaraikan sahaja berbanding kepintaran lain yang mengambil jawapan terus daripada internet. Kami tak kata kami bagus, cuma kami menawarkan jawapan yang lebih selamat, bertanggungjawab dan kalau kami tiada jawapan, kami maklumkan kami tidak ada sumbernya. Sebab itu jangan pelik jika ChatGPT boleh datangkan pandangan yang mungkin tak selari dengan ahlus sunnah wal Jamaah. Setakat ini kami telah menyenaraikan 189 sumber dan ini akan bertambah dari masa ke masa. Sumber kami mencakupi Jabatan Mufti negeri, badan-badan Shariah dll. 3. Isu privasi dan maruah pengguna satu hal yang kami konsisten terangkan kepada bakal pengguna kami, iaitu kami pelihara maruah penanya. Untuk 'sign in' ke sistem kami semudah 'sign in' email sahaja. Tiada butiran lain yang perlu diisi. Alhamdulillah setakat hari ini kami telah ada 1282 pengguna. 3805 soalan ditanya. Bagi kami tiada soalan yang terlalu remeh atau kecil dalam agama. Sesiapa yang bertanya, kami tidak tahu siapa anda. Privasi anda selamat dengan kami. 4. Sebagai sistem yang beroperasi 100% waqf, kami tidak mengenakan kepada para pengguna apa-apa bayaran. 'Just pure knowledge'. Tiada langganan bulanan, bahkan jika tiba masa nanti kami pula akan membayar zakat, pulangkan semula kebaikkan ini kepada umat Islam. ChatGPT bayar zakat? 5. Sekarang dah mula perbincangan Agentic AI untuk pelbagai tugasan. Ya, kami pun dah mula menuju arah ini. Ada beberapa hal yang kalau autonomous, sangat bagus. Isu kiraan zakat dan saluran ke zakat negeri, isu korban, isu wasiat, integrasi sistem sedia ada dan pelbagai sistem yang boleh dijadikan ekosistem. Kami mengalu-alukan kalau ada entiti/syarikat/jabatan kerajaan yang memerlukan khidmat kami atau keperluan untuk 'joint-venture' bagi mencapai hasrat arkitektonik ini. #TanyalahUstaz #WaqfProject #ustazai

Video
Tanyalah Ustaz AI
Tanyalah Ustaz AI
5/27/2025, 8:08:56 AM

SEKALUNG TAHNIAH Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami di tanyalahustaz.com menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu. Didoakan agar di bawah kepimpinan Sahibus Samahah, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan akan terus proaktif dalam membimbing masyarakat, serta menjadi pakar rujuk dalam hal-hal berkait agama Islam. Salah satu faktor mengapa wujudnya tanyalahustaz.com adalah keinginan kami untuk menjadi jambatan yang menghubungkan antara masyarakat dan para Mufti selaku individu atau institusi yang dipercayai, sahih, bertanggungjawab, pakar serta terlatih dalam isu kefatwaan juga hukum-hukum Islam. Di masa hadapan, moga dapat diadakan kolaborasi bersama khasnya dalam mengangkat martabat agama Islam di peringkat dunia khususnya di bumi Malaysia. #tanyalahustaz.com #muftiwp

Post image
👍 2
Image
Link copied to clipboard!