Tanyalah Ustaz AI
Tanyalah Ustaz AI
February 21, 2025 at 05:12 AM
LAMAN TANYALAHUSTAZ.COM LAMAN WAQAF Bulan ini kami Tanyalah Ustaz AI putuskan bahawa tanyalahustaz.com akan beroperasi secara waqaf. Ini bermakna, pengguna tanyalahustaz.com tidak perlu membayar apa-apa wang untuk menggunakannya. Tipu jika kami kata tiada kos yang ditanggung oleh kami, cuma kami lebih senang dan lapang dengan tiada bayaran dikenakan kepada pengguna. Ini juga sebahagian daripada niat kami untuk jariah & menyumbang manfaat kepada umat Islām semula. Kami cukup terinspirasi dengan kisah laman Quran.com mampu mandiri, lestari tanpa bayaran kepada pengguna. Semuanya bermula dengan kisah keikhlasan seorang ayah yang ingin memudahkan penyampaian Qur’ān kepada masharakat, lalu hasrat ayah itu dipanjangkan oleh anaknya yang menjadi tulang belakang laman Quran.com hari ini. Sejak kami lancarkan tanyalahustaz.com v2.0 pada 6 Feb 2025, lebih 495 carian masalah ditanyakan di portal tanyalahustaz.com. Data menunjukkan ada peningkatan trend mencari maklumat agama melalui kecerdasan buatan berbanding platform google dll. Sebagai pendidik, kami memikirkan apakah solusi terbaik kepada ini, adakah melarang 100%? Membenarkan 100%? Justeru kelahiran platform kami semoga dapat menjadi alternatif yang baik kepada generasi hari ini dan terkemudian. Islām tidak melarang teknologi, sebaliknya memandu penggunaannya dengan disiplin dan etika. Etika yang kami amalkan adalah kami memilih sumber-sumber yang sahih, absah dan bertanggungjawab, menyediakan ‘ruang selamat’ (safe space) serta memelihara maruah pengguna (hifz muruah) kami untuk bertanya apa sahaja soalan yang mungkin sensitif lagi malu untuk ditanya kepada para ustāz ustāzah asātizah di luar sana. Bagi kami tiada soalan yang terlalu remeh atau kecil dalam agama. Kadang-kadang, satu soalan yang mudah dan picisan boleh membawa kita lebih dekat untuk memahami agama Islām dengan lebih mendalam. Bahkan, pengguna kami bukan sekadar Muslim, tetapi juga non-Muslim. Doakan kami, mudahan memudahkan umat Islam secara global dan ummatik. Wa Allāhu a’lam. P/s : Sejujurnya saya bukan orang bisnes. Jiwa saya jiwa pendidik. Saya suka mengajar. Saya suka membuka kitab, menelaah, meringkaskan fahaman, dan kemudian menyampaikan. Namun, sejak lahirnya tanyalahustaz.com, Allah سبحانه و تعالى membuka laluan lain yang saya tidak ketahuan apa natijahnya, saya hanya respon saya positif dan terima ini sebagai ruang seperti mana titipan Rasul Allah صلى الله عايه و سلم : ‎خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ ‎“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (Riwayat Ahmad)
Image from Tanyalah Ustaz AI: LAMAN TANYALAHUSTAZ.COM LAMAN WAQAF  Bulan ini kami Tanyalah Ustaz AI ...

Comments