MyCommunityNews
MyCommunityNews
February 4, 2025 at 08:08 AM
*04.02.2025 , SELASA* *MALAYSIA KENA TEMPIAS JIKA AS PERLUAS TARIF KE ATAS BARANGAN* Malaysia berisiko terkena tempias sekiranya Amerika Syarikat (AS) memperluaskan dasar tarif import kepada barangan tertentu seperti semikonduktor, langkah yang boleh memberi kesan kepada ekonomi negara yang bergantung kepada hubungan perdagangan global. Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sekiranya tarif dinaikkan, harga barang import akan meningkat kerana peniaga perlu membayar tarif kepada kerajaan. Ini mendorong peniaga menaikkan harga bagi mengekalkan margin keuntungan, sekali gus mengurangkan permintaan AS terhadap barangan import. Tambah beliau, sebarang penurunan permintaan daripada AS boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara rakan dagang termasuk Malaysia. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/18PgAzXd7s/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/reel/DFpLygrJZfa/?igsh=NnhsM3ViMTZrbGZy *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1886687402087080110?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZS6KdBBp8/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1006 #mycommunitynews #mcn #tarifbaranganas #ekonomimadani

Comments