
MyCommunityNews
216 subscribers
About MyCommunityNews
Saluran informasi TULAR & HANGAT!
Similar Channels
Swipe to see more
Posts

*19.06.2025, KHAMIS* *DERITA HIDUP RAKYAT KENA ‘KENCING’ EDISI BERSATU* Video pendek berdurasi lebih kurang dua minit yang disediakan oleh Ahli Parlimen Bersatu, Dr. Ronald Kiandee menjadi tular di media sosial dan juga di kumpulan Whatsapp khususnya golongan rakyat. Apa yang menyedihkan, tidak ada satu pun butir bicara dalam video dengan suntingan lemah itu digarap dengan fakta. Pembangkang cuba untuk menakutkan rakyat dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), namun hujah yang dikenakan langsung tidak tepat. SST TIDAK dikenakan terhadap barangan asas harian rakyat! Apa yang pembangkang sibuk nak canang pisang, epal, dan oren bahkan susu bayi akan dikenakan cukai kelak? Bukan itu sahaja, sampaikan pemotongan subsidi, rasionalisasi ron95, kenaikan tarif elektrik dan segala bagai benda tidak berkaitan turut dipetik. Umum mengetahui ia hanya tertakluk kepada mereka yang dalam golongan tertentu. Berhenti momokkan rakyat! Tidak berhenti di situ, pembangkang juga cuba mengaitkan perluasan skop SST bermula 1 Julai ini dengan penderitaan rakyat. Sah-sah barangan keperluan asas harian berkadar sifar peratus kekal, hanya barangan mewah tertentu sahaja dikenakan cukai jualan. Hasil dapatan dari pelaksanaan segala cukai tersebut pastinya digunakan semula untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam pelbagai jenis bantuan dan kemudahan. Apa lagi yang tak faham-faham ni? *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1ABnQasp7p/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DLE0TwkJoMn/?igsh=MXNiZHZ5Nno2cXE2eA== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1935612557823549943?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSksGcGMk/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1725 #MyCommunityNews #MCN #SST #CukaiJualanDanPerkhidmatan #PNKakiKencing

*19.06.2025, KHAMIS* *MALAYSIA AKAN* *TINGKATKAN* *PELABURAN* *KESIHATAN BAGI* *HADAPI MASYARAKAT MENUA* *-PERDANA MENTERI* Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Malaysia akan memberi penekanan lebih besar kepada pelaburan dalam kesihatan, terutamanya membabitkan pencegahan, pendidikan kesihatan awam dan sistem sokongan berasaskan komuniti. Ujarnya, negara perlu beralih daripada sistem merawat penyakit kepada sistem yang menggalakkan kesejahteraan sepanjang hayat untuk rakyat. Ini berikutan ekonomi umur panjang global diunjurkan melebihi AS$65 trilion menjelang 2030 dan sekiranya Malaysia ingin menjadi peneraju yang proaktif, negara mesti melabur dalam sistem kesihatan, penjagaan sosial, perumahan, alat kewangan dan industri yang menyokong masyarakat menua. Purata jangka hayat rakyat Malaysia pada ketika ini adalah 76 tahun, tetapi hanya 67 tahun dalam keadaan sihat manakala selebihnya berada dalam keadaan kesihatan yang kurang baik. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/1AgnXGQcjP/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DLEr6ycJGiV/?igsh=MXUyMmF2bmN2NGk0eQ== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1935593838653104369?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSksVFqV4/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1724 #MyCommunityNews #MCN #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #PelaburanKesihatan

*19.06.2025, KHAMIS* *MADANI KUKUH DENGAN PRINSIP 'RULE OF LAW' & DUALITI SISTEM* Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan satu fatwa Selangor yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat tidak boleh diguna pakai terhadap Sisters In Islam (SIS) Forum Malaysia kerana fatwa itu hanya terpakai kepada orang perseorangan beragama Islam dan bukannya syarikat atau pertubuhan. Keputusan ini menegaskan bahawa fatwa tidak boleh dikenakan secara automatik terhadap entiti berdaftar di bawah undang-undang sivil, melainkan peruntukan khas digubal. Ini melindungi pemisahan kuasa antara dua sistem perundangan. Ia juga selaras dengan prinsip Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menekankan keperluan pemisahan bidang kuasa peradilan sivil dan syariah, untuk menjamin hak serta kebebasan sivik tanpa mencampuri urusan agama. Selain itu, ia secara tidak langsung mengukuhkan prinsip ‘rule of law’ dan keharmonian dua sistem (sivil dan syariah) dalam pentadbiran kerajaan MADANI. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1G4KSK4Mzq/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/reel/DLFO84iJjvV/?igsh=MzJkdGwyaDJudzI1 *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1935672098317594864?t=q7NJG_qeWrx9KHvhI6MpNQ&s=08 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkGFEjH9/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1727 #MyCommunityNews #MCN #KerajaanMADANI #SistersInIslam #RuleOfLaw

*19.06.2025, KHAMIS* *‘SISTER IN ISLAM BUKAN INDIVIDU YANG TERTAKLUK KEPADA FATWA' - MAHKAMAH PERSEKUTUAN* Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan satu fatwa Selangor yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat tidak boleh diguna pakai terhadap Sisters In Islam (SIS) Forum Malaysia kerana fatwa itu hanya terpakai kepada orang perseorangan beragama Islam dan bukannya syarikat atau pertubuhan. Keputusan ini menegaskan bahawa fatwa tidak boleh dikenakan secara automatik terhadap entiti berdaftar di bawah undang-undang sivil, melainkan peruntukan khas digubal. Ini melindungi pemisahan kuasa antara dua sistem perundangan. Ia juga selaras dengan prinsip Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menekankan keperluan pemisahan bidang kuasa peradilan sivil dan syariah, untuk menjamin hak serta kebebasan sivik tanpa mencampuri urusan agama. Selain itu, ia secara tidak langsung mengukuhkan prinsip ‘rule of law’ dan keharmonian dua sistem (sivil dan syariah) dalam pentadbiran kerajaan MADANI. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/16MxGFL95Y/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DLE5Uu7JNKx/?igsh=MTRxbnpqdHphYWNxZw== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1935623399377953153?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSks7VNLg/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1726 #MyCommunityNews #MCN #KerajaanMADANI #SistersInIslam #RuleOfLaw

*19.06.2025, KHAMIS* *TUN MAHATHIR DAN POLITIK SENTIMEN MELAYU: TAKTIK LAPUK UNTUK MANIPULASI RAKYAT* Tindakan Tun Mahathir Mohamad yang kerap memainkan naratif dan "drama Melayu" demi kepentingan peribadi serta politiknya perlu dinilai dengan teliti. Kenyataan-kenyataan beliau yang berubah-ubah, terutama ketika berkuasa dan selepas meletak jawatan, mendedahkan sikap tidak konsisten dan bersifat manipulatif. Beliau seolah-olah hanya membangkitkan isu kemiskinan dan nasib orang Melayu apabila tidak lagi memegang kuasa, sedangkan sewaktu memerintah dasar-dasarnya sering tidak memihak kepada rakyat biasa. Drama air mata dan retorik sentimental ini hanyalah taktik untuk melindungi kepentingan kroninya serta mengekalkan pengaruh dalam arena politik. Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu perlu berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan permainan psikologi serta naratif usang yang diulangi oleh Tun Mahathir. Sudah tiba masanya untuk menolak politik perpecahan dan memberi sokongan kepada kepimpinan yang lebih tulus dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1HXiCFS39x/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/reel/DLEIu1kppkA/?igsh=aHRxdW9jeHhqdzUy *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1935517185428074525?t=5XmjjAfzV4LB7Ju3KTESfg&s=08 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSksYprCH/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/9223372036854675807 #MyCommunityNews #MCN #HentikanDramaPolitikMelayu #KepentinganRakyatDiutamakan

*19.06.2025, KHAMIS* *KERAJAAN SALUR RM240,000 KEPADA 508 AHLI YAKEB SETAKAT MEI - KBS* Kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM240,812.70 bagi pembiayaan skim bantuan kepada 508 ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) setakat Mei ini. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abdul Halim berkata, bantuan yang disediakan kepada atlet di bawah YAKEB itu merangkumi dana khairat kematian, rawatan perubatan hospital, rawatan perubatan penyakit kritikal, bantuan alat tiruan atau sokongan, bencana alam, bantuan pendidikan dan bantuan kewangan ahli. Setakat ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperuntukkan RM2 juta menerusi YAKEB sebagai komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan atlet negara. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1AvKGwn3kx/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DLElJBDJVMX/?igsh=MXc2Y205ZTBjb3J1cQ== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1935578880011911586?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSks93fDf/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1723 #MyCommunityNews #MCN #KerajaanMADANI #MADANIBekerja #YAKEB #KebajikanAtletNegara

*19.06.2025, KHAMIS* *KWSP PERKUKUH I-SARAAN, LINDUNGI PEKERJA GIG, SEKTOR TIDAK FORMAL* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial dengan menambah baik insentif program i-Saraan khusus untuk pekerja gig dan sektor tidak formal. Menurut Pengerusinya, Tan Sri Mohd Zuki Ali, bermula tahun ini sumbangan padanan kerajaan bagi i-Saraan telah dinaikkan kepada 20 peratus dengan had maksimum RM500 setahun dan jumlah keseluruhan sumbangan sepanjang hayat pula ditingkatkan sehingga RM5,000. Jelas beliau, langkah itu mencerminkan keperluan menyesuaikan sistem persaraan negara dengan perubahan dalam dunia pekerjaan moden. Ia juga dilihat sebagai satu langkah pengiktirafan terhadap keperluan menyesuaikan sistem persaraan dengan realiti baharu pekerjaan terutama dalam kalangan pekerja bebas dan tidak bergaji tetap. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/16iF19PcXF/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DLD90A-zFc6/?igsh=MW0zaDk2bHhmMW5ibA== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1935492502666232077?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSksdjM7V/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1721 #MyCommunityNews #MCN #MalaysiaMADANI #PekerjaGig #KWSP #iSaraan

*10.06.2025, SELASA* *KOTA MADANI BUKAN PROJEK MAHA KAYA, TAPI INISIATIF BELA NASIB PENJAWAT AWAM* Baru-baru ini, ada netizen yang tampil mempersoalkan Kerajaan MADANI kononnya 'cakap tak serupa bikin' sebab umumkan projek pembinaan Kota MADANI di Putrajaya. Katanya, projek Kota MADANI ni juga antara projek mega dan kerajaan sebelum ini dah berjanji untuk menangguhkan perlaksanaan sebarang projek berskala besar bagi menumpukan kepada hal pembinaan insfrasturktur asas serta perkara berkait kebajikan rakyat. Macam ni tuan-tuan... Memang betul, Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dah tangguhkan pembinaan projek mega sebelum ini dan sehingga kini pun ianya masih tidak dilaksanakan. Berbalik kepada projek Kota MADANI, ia bukanlah sebuah 'KOTA BESAR' mahupun 'KOTA ELITES' sebagaimana yang tergambar dalam minda tuan-tuan. Sebaliknya, Kota MADANI ni adalah pembinaan kuarters baru kerajaan bagi menampung keperluan penjawat awam yang berkhidmat di Putrajaya memandangkan giliran menunggu untuk mendapatkan kemudahan tersebut semakin bertambah saban tahun. Kuartes penjawat awam VS projek mega. Dah boleh beza tak tu? *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/v/14G9gtYksDQ/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/reel/DKtvFLwpEHj/?igsh=MXVhazh1M3kyYXQ4bw== *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1932363735433457917?t=gxOJLLxlSR1Pqx9Art7-Uw&s=08 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkPQHwdb/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1675 #MyCommunityNews #MCN #KotaMADANI #BukanProjekMEGA #KuartersPenjawatAwam

*11.06.2025, RABU* *SEMAKAN KADAR CUKAI JUALAN* Kerajaan MADANI mengambil langkah untuk tidak mengenakan Cukai Jualan ke atas barangan keperluan asas harian agar tidak memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup majoriti rakyat, sekaligus memastikan kadar inflasi kekal terkawal. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1BiuxFCru2/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DKvi1-lpltc/?igsh=MTdpbjZidDYzMXY5NA== *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1932618606329934248?t=M8Qqnnt_MoMHIJL90Rk6RQ&s=08 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSk5t8WYM/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1676 #MyCommunityNews #MCN #KerajaanMADANI #MADANIBekerja #PercukaianMalaysia #CukaiJualan

*10.06.2025 , SELASA* *HAWANA 2025: FOKUS ETIKA DAN AI DALAM MEDIA* Kini, penggunaan judul berita yang sensasi dan memancing perhatian semakin meluas dalam dunia media sosial. Namun, permasalahan timbul apabila clickbait yang digunakan tidak menggambarkan keseluruhan laporan, menimbulkan salah faham lalu menghakis kepercayaan orang awam terhadap media. Pensyarah Teknologi Media dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Siti Syamsul Nurin Mohmad Yazam menyifatkan penggunaan clickbait sebagai satu fenomena yang sukar dielakkan memandangkan agensi media hari ini terpaksa bersaing untuk terus berdiri teguh dalam industri media yang semakin kompetitif. Selari dengan asas kewartawanan, pihak media atau wartawan warga diingatkan supaya mengambil kira nilai dan ketepatan maklumat yang disampaikan, memastikan judul berita masih berkait dengan kandungan berita selain bertanggungjawab terhadap impak kandungan yang disebarkan. Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Teknologi Media dan Komunikasi UUM, Dr. Azahar Kasim, clickbait bukanlah format kewartawanan sebenar, sebaliknya wartawan diajar untuk memberikan tajuk yang tepat berdasarkan perenggan pertama berita, bukan diputar belit untuk meraih perhatian pembaca. Berhubung perubahan yang ingin dilihat dalam landskap media semasa, Azahar menyeru pengamal media menerima kemunculan Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan berita tanpa bergantung sepenuhnya kepada teknologi itu, manakala Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tahun ini membawa tema “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika". *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/19EVMrsXPj/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DKtmokPT5rd/?igsh=MWZqa2t3aGNrZzc3Nw== *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1932347261725663237?t=3duUwV9gBEjgVDH6joTXLA&s=19 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkPah3FE/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1674 #MyCommunityNews #PatuhiEtikaKewartawanan #KecerdasanBuatan #HAWANA2025