
MyCommunityNews
February 4, 2025 at 11:25 PM
*05.02.2025 , RABU*
*JADIKAN INSTITUSI PARLIMEN MEKANISME SEMAK DAN IMBANG PENTADBIRAN KERAJAAN - KP JKOM*
Institusi parlimen mempunyai peranan besar dalam melakukan semak dan imbang terhadap kementerian serta agensi kerajaan dalam mencapai agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.
Oleh itu, kerajaan dan pembangkang perlulah menjaga etika sebagai individu yang diberi mandat oleh rakyat. Ahli Parlimen jangan terbawa-bawa dengan sentimen kepartian dan politik sempit untuk menjaga kepentingan parti masing-masing.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Dato' Ismail Yusop menjelaskan, dalam sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, institusi parlimen yang disebut sebagai 'dewan yang mulia' menunjukkan ia sangat 'sakral' kepada setiap Ahli Parlimen yang telah mengangkat sumpah.
Dalam demokrasi yang lebih terbuka dan liberalisasi maklumat, jangan lupa rakyat sedang memerhati, jangan sampai rakyat hilang keyakinan kepada institusi tertinggi negara.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/195dCKRuSr/?mibextid=wwXIfr
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/reel/DFq00LoT5mj/?igsh=OGRuMTIzNG1qeTJt
*X*
https://x.com/mycommunews0624/status/1886918281321439700?s=46
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZS6KVSQqg/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1007
#mycommunitynews
#mcn
#semakdanimbang
#institusiparlimen
#jkom