MyCommunityNews
MyCommunityNews
February 5, 2025 at 06:11 AM
*05.02.2025 , RABU* *TITAH AGONG BERI MESEJ KERAJAAN MADANI SUDAH LAKUKAN PERKARA BETUL - KP J-KOM* Meskipun berdepan dengan ekonomi global yang merosot serta faktor geopolitik yang tidak menentu, namun Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetap komited memastikan kebajikan rakyat terbela melalui pemberian bantuan dan subsidi bersasar. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dato’ Ismail Yusop berkata, titah YDP Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 lalu yang menyambut baik pendekatan subsidi bersasar kerajaan memberi mesej tersirat bahawa kerajaan pada hari ini telah melaksanakan perkara yang betul. Tambah beliau, Kerajaan MADANI telah melakukan perkara yang betul bagi memastikan semua rakyat bukan hanya terbela, tetapi mendapat nikmat hasil daripada kestabilan politik dan pemulihan ekonomi yang sedang berlaku. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/v/15evKBMHaa/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/reel/DFriBy4pTSw/?igsh=MXVvenA5NGI0bWp5ag== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1887018443658158234?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZS6KTn2mV/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1011 #mycommunitynews #mcn #kerajaanmadani #titahydpaagong #jkom

Comments