MyCommunityNews
MyCommunityNews
February 6, 2025 at 11:51 PM
*07.02.2025 , JUMAAT* *RINGGIT MENGUKUH BERBANDING DOLAR AS SUSULAN PENANGGUHAN TARIF OLEH AS* Pada 4 Februari 2025, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS kepada 4.4400/4495 daripada 4.4710/4800 pada 3 Februari 2025, susulan penangguhan tarif AS ke atas Mexico dan China yang meningkatkan sentimen pertumbuhan global. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr.Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kelewatan 30 hari dalam pelaksanaan tarif import AS ke atas Kanada dan Mexico menjadi faktor utama yang mempengaruhi pasaran mata wang. Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, pula menyatakan ancaman tarif masih wujud, terutama menjelang tarikh akhir 1 April yang ditetapkan oleh Presiden AS, Donald Trump. Ringgit juga didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain tetapi mengukuh berbanding beberapa mata wang ASEAN, termasuk rupiah Indonesia dan peso Filipina. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/15fiR52bvK/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/reel/DFwAqJETK8E/?igsh=amVyZDJyd2IxNjJy *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1887648096936734925?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZS6oqb6cf/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1019 #mycommunitynews #mcn #ekonomiglobal #ringgitmengukuh

Comments