
MyCommunityNews
February 7, 2025 at 01:52 AM
*07.02.2025 , JUMAAT*
*MALAYSIA TOLAK PEMINDAHAN WARGA PALESTIN SECARA PAKSA*
Malaysia menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan yang boleh mengakibatkan pemindahan warga Palestin secara paksa, menyifatkannya langkah itu sebagai satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata sebarang usaha unilateral secara langsung atau tidak langsung yang menjejaskan hak rakyat Palestin dalam menentukan nasib sendiri adalah tidak boleh diterima dan hanya memanjangkan konflik.
Malaysia kekal teguh dan berpendirian untuk memastikan keamanan dapat dicapai melalui penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya bersatu dalam mendesak untuk satu penyelesaian yang boleh dipercayai dan kekal supaya dapat diterima rakyat Palestin.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/1CqQZ4qvV3/?mibextid=wwXIfr
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/reel/DFwM6MoTljj/?igsh=aDRxNDE4amhuYWh4
*X*
https://x.com/mycommunews0624/status/1887675232745627665?s=46
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZS6opfqjV/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/9223372036854675807
#mycommunitynews
#mcn
#communitynews
#freepalestine
#prayforgaza