
MyCommunityNews
February 7, 2025 at 11:31 AM
*07.02.2025 , JUMAAT*
*KERAJAAN MADANI KOMITED PERKUKUH KEHARMONIAN*
Jemaah menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberikan nasihat kepada orang Islam berhubung jemputan ke majlis anjuran masyarakat bukan Islam namun nasihat tersebut tidak bersifat dasar.
Merujuk kepada Kenyataan Media Bersama mengenai Cadangan Pelaksanaan Garis Panduan bagi Majlis Melibatkan Umat Islam di Rumah Ibadat Bukan Islam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dato' Dr. Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang, setiap dasar dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan kabinet terlebih dahulu.
Pada masa sama, Kementerian Perpaduan Negara memperkukuh keharmonian dan menggalakkan interaksi antara penganut pelbagai agama di negara ini seperti pelaksanaan Dialog Harmoni.
Bagaimanapun segala perkara berkait rapat dengan keharmonian antara penganut agama akan dibincangkan secara lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) yang dipengerusikan bersama.
Kerajaan MADANI kekal komited untuk menegakkan prinsip toleransi, hormat-menghormati, dan kesejahteraan rakyat. Dengan pendekatan yang inklusif dan adil, Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang harmoni, di mana setiap agama dihormati dan setiap rakyat merasa dilindungi.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/14q4sKKosVm/
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DFxRAYtpHIj/?igsh=dzNudW1nMHlnN2xx
*X*
https://x.com/MyCommuNews0624/status/1887825263716934124?t=QuUhUHrmWnO1l4pIJT5cOA&s=19
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSM1jBXk8/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1024
#mycommunitynews
#mcn
#kerajaanmadani
#islamterpelihara
#akidahdijaga
#keharmoniannegara