MyCommunityNews
MyCommunityNews
February 11, 2025 at 05:41 AM
*11.02.2025 , SELASA* *TEBUK ATAP 2.0: BERSATU LANCAR JENTERA PILIHANRAYA AWAL, TAKUT PAS SAILANG JAWATAN PM* BERSATU dah mula susun strategi lancar jentera dan menamakan Muhyiddin sebagai calon PM tunggal manakala PAS masih teragak-agak sama ada meletakkan nama Ayoh Chik ataupun pilihan walaun Dr Sam sebagai calon PM (kedua-duanya gagal mengurus negeri Terengganu semasa menjadi MB). Lebih tepat PAS memang tiada calon yang kompeten untuk diangkat jadi pemimpin tertinggi. BERSATU nampak kelemahan PAS yang tiada kekuatan memimpin hanya boleh menumpang kuasa, stok untuk dibuli dan diambil kesempatan sahaja. Walaupun PAS sangat kuat dari segi jentera dan kerusi berbanding BERSATU, namun kuasa yang dominan lebih pada BERSATU. Apa tidaknya, semua jawatan mereka nak sapu, dari jawatan tertinggi dalam PN, jawatan MB sampai lah ke jawatan PM semua BERSATU ambil. Manalah PAS tak berangin. Tapi apa pun yang PAS boleh buat? PAS memang lemah. Selama manakah PAS boleh bertahan dibuli oleh parti yang kecil tapi dominan? BERSATU semestinya tidak akan mengalah. Jika mengalah, pasti tenggelam terus. Dengan jawatanlah mereka nampak gah. Kesian pada walaun dan penyokong Abah kau. Pening nak faham kerjasama politik parti masing-masing. Nak backup ke atau nak gaduh ni? Mereka juga dihasut untuk tebuk atap 2.0 jadi kenyataan. Untuk apa? Mereka pun tak tahu. Pada masa yang sama ditipu bulat-bulat untuk percaya pada cerita dongeng papagomo. Nak sembang perkara berat-berat pasal kenegaraan, pemikiran dan dasar papagomo tak pandai. Itu yang masalah sebab pemimpin mereka tak pernah didik begitu. Mereka didoktrin untuk menjadi walaun dan penyokong tegar sahaja. Sedih! *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/15vsXjfzdW/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DF64ufbpQCE/?igsh=b2Jka3l6eG50eWps *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1889182893983076687?t=Ur7OUGY8KEdp6bujB2cn9A&s=08 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSMdsTht5/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/9223372036854675807 #mycommunitynews #mcn #communitynews #pasvsbersatu #tebukatap

Comments