
MyCommunityNews
February 11, 2025 at 09:14 AM
*11.02.2025 , SELASA*
*HUBUNGAN MALAYSIA-TURKIYE TERUS ERAT: TURKIYE SASAR GANDA JUMLAH PERDAGANGAN*
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menyatakan komitmen untuk menggandakan perdagangan antara Turkiye dan Malaysia kepada US$10 bilion, selepas melepasi paras US$5 bilion US dolar pada 2024.
Langkah ini mencerminkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor seperti teknologi semikonduktor, automotif, teknologi pesawat, dan simulator awam (penerbangan) serta menunjukkan keyakinan negara besar seperti Turkiye terhadap kestabilan di Malaysia.
Hubungan baik antara Malaysia dan Turkiye telah lama terjalin dan terus berkembang. Kedua-dua negara juga bekerjasama rapat di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam isu memperjuangkan hak rakyat Palestin dan Islamofobia.
Presiden Turkiye telah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 10-11 Februari 2025 atas jemputan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi memperkukuh hubungan bilateral serta membincangkan pelbagai isu strategik yang menjadi kepentingan bersama.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/18b4CuJUFp/
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DF7RIEeJWEe/?igsh=OXVzNmg5NndqdWVm
*X*
https://x.com/MyCommuNews0624/status/1889240854474166685?t=C59o1xjrE7LkMBLrsF-Reg&s=08
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSMdwJMn5/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1044
#malaysiamadani
#malaysiaturkiye
#freepalestin
#mycommunitynews