MyCommunityNews
MyCommunityNews
February 12, 2025 at 08:47 AM
*12.02.2025 , RABU* *PELABURAN KWSP DALAM MAHB DIJANGKA BERI PULANGAN TERBAIK* Pelaburan besar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dijangka bukan sahaja menguntungkan pencarum kepada dana pencen itu tetapi juga negara. Menurut Pengarah Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Prof Madya Dr Suhaimee Saahar@Saabar, pelaburan itu dijangka akan meningkatkan nilai aset KWSP malah boleh memberikan pulangan pelaburan yang lebih menguntungkan kepada pencarum melalui dividen dan kenaikan harga saham. KWSP juga telah mengeluarkan kenyataan berkaitan pembelian saham MAHB adalah sejajar dengan objektif pelaburannya yang lebih luas. Justeru naratif bahawa KWSP mengalami ‘kerugian’ adalah tidak tepat. Sebaliknya, langkah ini mencerminkan strategi pelaburan profesional yang bertujuan memberikan manfaat jangka panjang kepada pencarum dan negara. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1A72TCEbza/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DF90sdPJnDg/?igsh=dHdjZmozcXZuY2F6 *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1889593543989006715?t=aYKRo5QJui4beQZ7lIOrzQ&s=08 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSMRcnoEs/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/9223372036854675807 #mycommunitynews #mcn #communitynews #kwsp #mahb

Comments