
MyCommunityNews
February 13, 2025 at 01:57 AM
*13.02.2025 , KHAMIS*
*DASAR JELAS, STRATEGI SEMIKONDUKTOR NASIONAL TERUS TARIK TUMPUAN PELABUR ASING – PERDANA MENTERI*
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited, Will Abbey disertai Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Arm Limited, syarikat berpangkalan di United Kingdom, merupakan peneraju dunia dalam teknologi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pengkomputeran global. Syarikat itu juga berperanan sebagai arkitek, membangun serta melesenkan penyelesaian hak harta intelek (IP) berprestasi tinggi, kos rendah dan cekap tenaga.
Menurut Perdana Menteri, pertemuan ini menjadi satu lagi bukti bahawa melalui dasar yang jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional dan lain-lain kelebihan, Malaysia berterusan menjadi tumpuan pelabur-pelabur luar.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/18E9buFN7e/
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DF_p76WSnra/?igsh=MXVjOG13NHkwOHhvcg==
*X*
https://x.com/MyCommuNews0624/status/1889850764417442136?t=_oIpwToNYcSF7nbGFQ5EJQ&s=08
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSM8sLtdy/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1052
#mycommunitynews
#mcn
#communitynews
#semikonduktor
#armlimited