Info Rasmi Fakulti Undang-undang
Info Rasmi Fakulti Undang-undang
February 24, 2025 at 09:05 AM
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera. Exco Kerohanian dan Kebajikan Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang (PERUNDANG) UKM akan mengadakan Program Tadarus Al-Quran FUU 1446 Hijrah bagi menghidupkan bulan Ramadhan pada tahun ini. Penyertaan daripada Warga Fakulti Undang-Undang amatlah digalakkan agar kita dapat mengejar pahala pada bulan yang mulia ini. Butiran program adalah seperti berikut: 📌 Tarikh: 1 Mac 2025 - 19 Mac 2025 📌 Lokasi: Secara atas talian ⭐ Merit i-Star diberikan Garis Panduan Penyertaan Program Tadarus Al-Quran anjuran Fakulti Undang-Undang: 1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga FUU. 2. Pembentukan kumpulan adalah 5 -10 orang dalam satu kumpulan. 3. Pembentukan kumpulan adalah berdasarkan sesama jantina sahaja. 4. Peserta bebas untuk membentuk ahli kumpulan masing-masing; kumpulan boleh dibentuk melalui gabungan ahli kumpulan dengan batch lain. 5. Sekiranya pendaftaran dilakukan secara individu (tidak mempunyai ahli kumpulan), pembentukan kumpulan akan disusun oleh pihak penganjur. Pendaftaran akan dibuka sehingga hari Isnin, *28 Februari 2025, jam 12:00 tengahari*. *PAUTAN PENDAFTARAN* https://forms.gle/SJzM1RzrAMtbdbST8 Jangan lepaskan peluang anda! Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 📱018-9510918 (Yasmin) 📱010-9388185 (Rafael) Semoga kita bersama-sama dapat menghidupkan bulan Ramadan pada tahun ini! Sekian, terima kasih. *_“Ilmu, Amal, Adil”_* *EXCO KEROHANIAN DAN KEBAJIKAN* PERUNDANG UKM, SESI 2024/2025, FAKULTI UNDANG-UNDANG, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Comments