
Info Rasmi Fakulti Undang-undang
402 subscribers
About Info Rasmi Fakulti Undang-undang
Selamat datang ke saluran Info Rasmi Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia. Segala aktiviti fakulti, pengumuman penting, maklumat akademik, dan pelbagai acara yang bakal berlangsung akan sentiasa dikemas kini melalui saluran ini. Jangan lepaskan peluang untuk berhubung secara langsung dengan komuniti kami. Sila sampaikan pertanyaan anda dan ikuti perkembangan FUU melalui saluran ini. Terima kasih. #fuufamily #kitasemuaperundang
Similar Channels
Swipe to see more
Posts

*[JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM MENTOR MENTEE SESI 2024/2025]* Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan *Program Mentor Mentee Sesi 2024/2025*. Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan pensyarah di samping memberi pendedahan berkaitan hal ehwal akademik dan kemahiran insaniah. Maklumat program adalah seperti berikut: 📍 Tarikh: 28 Mei 2025 (Rabu) 📍 Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang 📍 Tempat: Fakulti Undang-Undang, UKM Kehadiran *semua pelajar Fakulti Undang-Undang adalah diwajibkan*. Sehubungan itu, pelajar di minta untuk berpakaian kemas dan sopan mengikut kesesuaian program. Senarai nama mentor mentee juga akan dilampirkan dibawah. Kerjasama dan kehadiran anda amat dihargai. Sekian, terima kasih. *_”Ilmu, Amal, Adil”_* PERUNDANG SESI 2024/2025 FAKULTI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

*[Pengumpulan Data Kemenangan ICAF 2025]* Assalamualaikum dan salam sejahtera. PERUNDANG ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar FUU yang telah menyertai pertandingan bagi Festival Kesenian Antara Kolej, ICAF UKM 2025. Sehubungan itu, PERUNDANG ingin mengumpul data pelajar yang telah memenangi apa-apa acara/pertandingan ICAF 2025 bagi tujuan Poster Kejayaan yang akan dimuat naik di Instagram Story PERUNDANG. Sila isi butiran di dalam pautan ‘Google Form’ di bawah sebelum 21 Mei 2025, 12.00 tengahari (Rabu). https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScvhqRW8M0gead4-CQ1C8XEj501_-5Zy659T9YUYbNwvwwKrA/viewform?usp=header Sekian terima kasih. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📱 Nurin: 013-6960704 📱 Najah: 012-7749475 _*“Ilmu, Amal, Adil”*_ EXCO MEDIA & PUBLISITI PERUNDANG 2024/2025 FAKULTI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗖𝗔𝗞𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚: 𝗦𝗣𝗥𝗠] Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukacitanya, PERUNDANG dengan kerjasama Pejabat Speaker Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) akan mengadakan program Ceramah Cakna Kerjaya PERUNDANG: SPRM. Ceramah istimewa ini memberi peluang kepada semua pelajar mengenali agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Melalui program ini, peserta akan mengenali lebih lanjut berkenaan struktur organisasi dan fungsi SPRM, realiti dan cabaran kerjaya dalam bidang pencegahan rasuah serta kepentingan integriti dalam budaya pekerjaan kelak. Butiran program adalah seperti berikut: 📍Tarikh: 21 Mei 2025 (Rabu) 📍Masa: 12.15 tengah hari - 2.30 petang 📍Tempat: Dewan Kuliah 2, Fakulti Undang-Undang, UKM Kepada pelajar yang berminat, sila daftar melalui pautan di bawah: 🔗 https://forms.gle/PjzivBPpSSPwQKjE7 Semua pelajar yang berkelapangan digalakkan untuk turut serta dalam program ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 📱Irfan Akmal: 011-23035730 📱Nazhif Afieq: 019-2322205 Sekian, terima kasih. *_”Ilmu, Amal, Adil”_* EXCO TUGAS-TUGAS KHAS PERUNDANG SESI 2024/2025 FAKULTI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

*PENDAFTARAN ATLET FUU BAGI SUKAN ANTARA FAKULTI (SAF) 2025* Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa *Sukan Antara Fakulti (SAF)* akan berlangsung tidak lama lagi pada *09 - 16 Jun 2025*. Oleh itu, Exco Sukan dan Rekreasi PERUNDANG ingin membuka peluang bagi mana-mana atlet yang berminat untuk *mewakili FUU* dalam pelbagai acara bagi kejohanan berprestij ini. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan di bawah: 📍 https://forms.gle/814HKFS95vTthdPh6 Jangan lepaskan peluang ini dan ayuh sama-sama menjulang nama FUU! Sebarang pertanyaan boleh menghubungi: 📲Syaf: 019-7903425 📲Coni: 017-7226429 Sekian, terima kasih. *_”Ilmu, Amal, Adil”_* *EXCO SUKAN DAN REKREASI,* PERUNDANG UKM, SESI 2024/2025, FAKULTI UNDANG-UNDANG, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Exclusive discounts for UKM Students ✅FB - https://shorturl.at/KaN1Y ✅Insta - https://shorturl.at/M9uIH ✅Linked In - https://shorturl.at/Zczxd ✅Twitter - https://bit.ly/43sZlgt
