
Menteri Besar Kelantan
February 1, 2025 at 04:02 PM
Tahun Melawat Kelantan 2024 telah melabuhkan tirai dengan sambutan yang amat menggalakkan menerusi tema "Family, Food, and Festival". Kita telah menyaksikan pertumbuhan positif dalam sektor pelancongan dengan peningkatan jumlah pengunjung, pembangunan pelbagai produk pelancongan, serta penglibatan aktif komuniti tempatan.
Alhamdulillah, hari ini saya berbesar hati hadir bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran *‘Indahnya Kelantan 2025’* di MYDIN Mall Tunjong, Kota Bharu. Hasrat Kerajaan Negeri pada tahun ini adalah untuk mempromosi dan menarik lebih ramai pengunjung menjelajahi kawasan hijau serta destinasi semula jadi yang menarik di Negeri Kelantan antaranya Pantai Cahaya Bulan, Lata Rek, Gunung Stong, dan Taman Negara Kuala Koh.
Doakan semoga *‘Indahnya Kelantan 2025’* bukan sahaja berjaya menarik kunjungan pelancong, malah dapat memacu pertumbuhan ekonomi negeri secara holistik serta memelihara khazanah alam dan warisan budaya kita untuk generasi akan datang.
https://www.facebook.com/share/p/17y1pSxLwN/
❤️
👍
6