Menteri Besar Kelantan WhatsApp Channel

Menteri Besar Kelantan

2.7K subscribers

About Menteri Besar Kelantan

Pejabat Menteri Besar, Aras 10, Mabna MBI, Kompleks Kota DarulNaim 15503 Kota Bharu, KELANTAN. https://tinyurl.com/datopanglimaperang

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
2/10/2025, 7:15:21 AM

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pesara-pesara Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang berjaya menubuhkan persatuan yang menghimpunkan pesara guru dan kakitangan. Jiwa sebagai pendidik masih menebal dalam diri ahli-ahli persatuan yang hadir. Saya harapkan jasa dan khidmat bakti pesara-pesara YIK dapat diteruskan melalui wadah persatuan yang ditubuhkan ini dengan perkongsian idea, pengalaman dan kepakaran dalam lapangan pendidikan disamping sebagai platform kebersamaan antara ahli. Dalam ucapan perasmian Penubuhan dan Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Pesara YIK yang diadakan di Dewan YIK, Tunjong tersebut, saya tegaskan agar para pesara terus menyumbang bakti kepada masyarakat dengan mengajar dan menyebarkan kefahaman Islam di tempat masing-masing. Semoga segala amal kebaikan dan kebajikan yang dicurahkan akan menjadi aset yang bernilai untuk kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. https://www.facebook.com/share/p/1LKa5hKjRC/

Post image
❀️ πŸ‘ 10
Image
Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
2/12/2025, 7:30:50 AM

Mempengerusikan persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kelantan Bil. 4 Tahun 2025 di Kompleks Kota Darulnaim. Mesyuarat kali ini membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat, serta pelaksanaan dasar-dasar yang selaras dengan Strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan setiap keputusan yang diambil memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam aspek ekonomi, sosial, dan infrastruktur. Keutamaan kita adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat terus terpelihara dalam suasana yang penuh berkat. Semoga segala usaha dan perancangan ini dipermudahkan Allah SWT dan memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Kelantan. https://www.facebook.com/share/p/14tdThPhLC/

Post image
πŸ‘ ❀️ 5
Image
Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
2/19/2025, 12:46:25 AM

10 HARI MENUJU RAMADAN Ramadan semakin hampir, marilah kita persiapkan diri dengan keimanan dan ketakwaan. Semoga Allah SWT memberkati perjalanan kita menuju bulan yang penuh rahmat ini.

Post image
❀️ πŸ‘ 7
Image
Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
2/13/2025, 4:41:45 AM

*[INFOGRAFIK]* KADAR SEWAAN TAPAK BAZAR RAMADAN 2025 NEGERI KELANTAN https://www.facebook.com/share/p/1ED8wuuK6H/

Post image
πŸ‘ πŸ”₯ 7
Image
Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
2/12/2025, 12:40:19 AM

[LENSA] π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ„ππ†πŠπ€π‹π€π πŠπ”ππŽπ‘ – 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 ππˆπ€π‹π€ πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŸπŸŽπŸπŸ’! Malam penuh DEBARAN di Stadium Sultan Muhammad IV menyaksikan Pengkalan Kubor dinobatkan sebagai JUARA selepas menewaskan Chetok dengan sepakan penalti 4-3! Perlawanan penuh sengit ini berlangsung tanpa jaringan dalam masa penuh, memaksa penentuan melalui sepakan penalti yang menguji ketahanan mental kedua-dua pasukan. Pengkalan Kubor membuktikan keunggulan mereka dengan ketenangan luar biasa di saat genting! Saya sendiri teruja menyaksikan semangat juang kedua-dua pasukan yang bertarung habis-habisan hingga ke saat terakhir. Sorakan penyokong dan aksi memukau di padang benar-benar menghidupkan suasana malam ini. Syabas dan tahniah juga kepada Chetok yang bertarung dengan penuh semangat juang hingga ke saat terakhir. Kekalahan ini bukan pengakhiran, tetapi batu loncatan untuk kembali lebih kuat. Pasukan lain juga, jangan berputus asaβ€”teruskan usaha dan kita jumpa lagi di pentas yang lebih besar! TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua penyokong setia yang memenuhi stadium dan memeriahkan suasana dengan sorakan padu. Anda semua adalah nadi kepada kejayaan sukan bola sepak Kelantan! InsyaAllah, kita jumpa lagi dalam Liga Elit DUN dan Piala Menteri Besar Kelantan 2025! Teruskan menyokong dan memartabatkan bola sepak negeri kita! #PialaMenteriBesarKelantan2024 #BolaSepakKelantan #IndahnyaKelantan2025 https://www.facebook.com/share/p/18gS7NV2Qg/

Post image
❀️ πŸ‘ 4
Image
Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
2/16/2025, 12:33:42 AM

*SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH* Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid yang memulakan sesi persekolahan tahun ini! Semoga perjalanan ilmu ini dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Belajarlah bersungguh-sungguh, hormati guru, dan jadilah generasi yang membawa kebaikan kepada agama, bangsa, dan negara. Doa saya agar anak-anak semua diberikan kecerdasan fikiran, kelancaran dalam pembelajaran, serta kejayaan di dunia dan akhirat. https://www.facebook.com/share/p/1AsjyyEmi5/

Post image
❀️ πŸ‘ 6
Image
Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
2/25/2025, 2:06:35 AM

Insya-Allah, Tok Bali merupakan salah satu destinasi pelancongan baharu di Negeri Kelantan yang semakin berkembang dengan pelbagai tarikan menarik. Semalam, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Jeti Pelancongan Tok Bali, Pasir Puteh sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Kelantan. Jeti ini bakal menjadi pemangkin kepada industri pelancongan maritim negeri, menawarkan pengalaman pelayaran yang unik serta akses lebih mudah ke destinasi sekitar. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperkasa sektor pelancongan demi manfaat rakyat dan kemajuan ekonomi negeri. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan keindahan alam semula jadi yang dikurniakan ini dengan penuh tanggungjawab. https://www.facebook.com/share/p/1Wor1ivi3u/

Post image
❀️ πŸ‘ 🀲 7
Image
Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
2/19/2025, 4:08:01 AM

Hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat bagi memastikan hala tuju dan gerak kerja terus memberi manfaat kepada rakyat Kelantan. Perbadanan ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan sosio-ekonomi negeri serta taraf hidup penduduk melalui sektor perladangan. Selain itu, ia turut menggalakkan pembangunan tanah, membuka peluang ekonomi baharu, dan mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini. Semoga usaha ini terus diperkasakan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Kelantan. https://www.facebook.com/share/p/1KCWnm73Vn/

Post image
πŸ‘ ❀️ 16
Image
Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
2/12/2025, 6:37:42 AM

*[INFOGRAFIK] JUARA PIALA MENTERI BESAR KELANTAN* Tahniah kepada Pengkalan Kubor yang berjaya merangkul kejuaraan Piala Menteri Besar Kelantan 2024! πŸ† Senarai Juara Terdahulu: 2019 – Pengkalan Kubor 2020 & 2021 – Tiada kejohanan (PKP) 2022 – Pasir Pekan 2023 – Kijang 2024 – Pengkalan Kubor Siapakah yang bakal bergelar juara pada tahun 2025? https://www.facebook.com/share/p/18ZpD2LVMV/

Post image
πŸ”₯ ❀️ πŸ‘ 4
Image
Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
2/12/2025, 12:37:20 AM

𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 π€πŠπ‡πˆπ‘ ππˆπ€π‹π€ πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŸπŸŽπŸπŸ’ Stadium Sultan Muhammad IV malam ini bergema dengan sorakan padu penyokong Pengkalan Kubor dan Chetok yang membanjiri perlawanan akhir Piala Menteri Besar Kelantan 2024. Suasana penuh semangat ini membuktikan betapa cintanya rakyat Kelantan terhadap bola sepak tempatan. Saya turut berpeluang bertemu dan menyantuni para pemain kedua-dua pasukan sebelum sepak mula, menyaksikan sendiri kesungguhan dan semangat kesukanan mereka di dalam padang. Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam memartabatkan sukan bola sepak dalam kalangan rakyat Kelantan, khususnya mencungkil dan mengasah bakat-bakat muda yang berpotensi besar di peringkat lebih tinggi. Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. Semoga Piala Menteri Besar Kelantan terus menjadi pentas untuk mencungkil bakat baharu dan memperkukuh perpaduan di kalangan anak-anak muda kita. #IndahnyaKelantan2025 #PialaMenteriBesarKelantan2024 https://www.facebook.com/share/p/1BYSbJ3PUx/

Post image
πŸ‘ 1
Image
Link copied to clipboard!