
Menteri Besar Kelantan
February 9, 2025 at 07:42 AM
Hari ini saya meraikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina bersama Penjawat Awam, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan Penghulu Antara Kaum dari seluruh Negeri Kelantan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan.
Majlis ini diadakan setiap tahun bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama rakyat pelbagai kaum, memperkukuh hubungan muhibah dan memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat di negeri ini. Saya turut mengambil kesempatan mengagihkan angpau dan buah limau sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas kebersamaan kita semua.
Dengan pendekatan Penghayatan Membangun Bersama Islam, perpaduan antara kita semakin kukuh tanpa mengira latar belakang, demi membina Kelantan yang aman, sejahtera dan harmoni. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua!
https://www.facebook.com/share/p/1E76PnHNY6/

❤️
👍
8