Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
February 10, 2025 at 07:15 AM
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pesara-pesara Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang berjaya menubuhkan persatuan yang menghimpunkan pesara guru dan kakitangan. Jiwa sebagai pendidik masih menebal dalam diri ahli-ahli persatuan yang hadir. Saya harapkan jasa dan khidmat bakti pesara-pesara YIK dapat diteruskan melalui wadah persatuan yang ditubuhkan ini dengan perkongsian idea, pengalaman dan kepakaran dalam lapangan pendidikan disamping sebagai platform kebersamaan antara ahli. Dalam ucapan perasmian Penubuhan dan Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Pesara YIK yang diadakan di Dewan YIK, Tunjong tersebut, saya tegaskan agar para pesara terus menyumbang bakti kepada masyarakat dengan mengajar dan menyebarkan kefahaman Islam di tempat masing-masing. Semoga segala amal kebaikan dan kebajikan yang dicurahkan akan menjadi aset yang bernilai untuk kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. https://www.facebook.com/share/p/1LKa5hKjRC/
Image from Menteri Besar Kelantan: Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pesara-pesara Yayasan Islam Kel...
❤️ 👍 10

Comments