Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
February 12, 2025 at 07:30 AM
Mempengerusikan persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kelantan Bil. 4 Tahun 2025 di Kompleks Kota Darulnaim. Mesyuarat kali ini membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat, serta pelaksanaan dasar-dasar yang selaras dengan Strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan setiap keputusan yang diambil memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam aspek ekonomi, sosial, dan infrastruktur. Keutamaan kita adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat terus terpelihara dalam suasana yang penuh berkat. Semoga segala usaha dan perancangan ini dipermudahkan Allah SWT dan memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Kelantan. https://www.facebook.com/share/p/14tdThPhLC/
Image from Menteri Besar Kelantan: Mempengerusikan persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kel...
👍 ❤️ 5

Comments