
Menteri Besar Kelantan
February 25, 2025 at 02:06 AM
Insya-Allah, Tok Bali merupakan salah satu destinasi pelancongan baharu di Negeri Kelantan yang semakin berkembang dengan pelbagai tarikan menarik. Semalam, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Jeti Pelancongan Tok Bali, Pasir Puteh sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Kelantan.
Jeti ini bakal menjadi pemangkin kepada industri pelancongan maritim negeri, menawarkan pengalaman pelayaran yang unik serta akses lebih mudah ke destinasi sekitar. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperkasa sektor pelancongan demi manfaat rakyat dan kemajuan ekonomi negeri.
Marilah kita bersama-sama memanfaatkan keindahan alam semula jadi yang dikurniakan ini dengan penuh tanggungjawab.
https://www.facebook.com/share/p/1Wor1ivi3u/

❤️
👍
🤲
7