Menteri Besar Kelantan
February 25, 2025 at 05:10 AM
Mendengar taklimat daripada Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kelantan mengenai peranan serta kesiapsiagaan mereka dalam menjaga keselamatan perairan negeri.
Selepas itu, saya berpeluang menaiki bot bagi meninjau kawasan sekitar Tok Bali, menyaksikan sendiri operasi pemantauan serta keindahan Sungai Semerak yang menjadi aset penting dalam sektor pelancongan dan ekonomi negeri.
Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan APMM amat penting dalam memastikan perairan Kelantan selamat dan terkawal, sekaligus menyokong pertumbuhan industri maritim serta pelancongan.
https://www.facebook.com/share/p/16Duggqdqh/
❤️
👍
6